MENJAGA DAN MELINDUNGI REPUTASI KAMI
Salah satu asas Nu Skin ialah set nilai teras kami. Kami amat komited untuk memastikan bahawa kedua-dua syarikat dan Brand Affiliate kami menjalankan perniagaan secara beretika dan profesional serta mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan. Untuk tujuan ini, Nu Skin telah mewujudkan satu set teras prinsip etika yang mesti dipatuhi oleh setiap Brand Affiliate.
Di samping itu juga, Nu Skin telah menerima pakai Polisi dan Prosedur serta dokumen garis panduan lain yang menggariskan dengan jelas piawaian dan peraturan yang perlu dipatuhi Brand Affiliate.
Sebagai contoh, bukan sahaja Brand Affiliate dilarang membuat tuntutan "mengenai peluang pendapatan yang palsu atau mengelirukan", tetapi mereka juga mestilah mengikut Garis Panduan Testimoni Peluang kami, yang memberikan penerangan dan penjelasan lanjut mengenai perkara yang dianggap "palsu atau mengelirukan".
Begitu juga dengan semua representasi dan tuntutan mengenai produk Nu Skin mestilah konsisten dengan yang diluluskan dan dibenarkan oleh syarikat. Garis Panduan Testimoni Produk kami juga menyediakan konteks dan contoh yang lebih besar mengenai sekatan ini.
Semua dokumen berkaitan dasar lain boleh didapati di sini.