Nu Skin Logo on the Header
Peranti Kecantikan
Penjagaan & Kecantikan Kulit
Nutrisi
Rangkaian Produk
Terbaru & Eksklusif
Impak Kami
No Results

Tiada hasil carian didapati untuk:

""


PENASIHAT PERNIAGAAN

 

Dari semasa ke semasa, syarikat akan mengeluarkan kemas kini penting atau "penasihat perniagaan" yang boleh memberi kesan bermakna kepada perniagaan Brand Affiliate dan reputasi syarikat. Kami meminta setiap ahli Brand Affiliate membuat semakan semula dengan kerap, kerana khidmat nasihat perniagaan boleh mengalami perubahan dan sentiasa dikemas kini. Sila ambil perhatian bahawa melanggar mana-mana khidmat nasihat yang disenaraikan di bawah boleh mengakibatkan tindakan tatatertib. Sila lihat bahagian "Hubungi Kami" bagi mendapatkan maklumat tentang cara menghubungi syarikat untuk sebarang soalan atau melaporkan jika ada pelanggaran.

 


 

Program Insentif EmpowerSTART

 

Nu Skin teruja untuk memperkenalkan Program Insentif EmpowerSTART, yang membolehkan Brand Affiliate memperolehi bonus yang luar biasa dengan mencapai pencapaian penting. Apabila mempromosikan insentif baharu ini, adalah penting untuk semua Brand Affiliate mematuhi Garis Panduan Insentif EmpowerSTART dengan teliti yang terdapat di sini. Sebarang promosi Insentif EmpowerSTART yang tidak konsisten dengan garis panduan ini adalah dilarang sama sekali.

 

 

ageLOC Reset® Softgel

 

Sebagai salah satu produk terbaharu kami, ageLOC Reset® Softgel ialah suplemen yang menakjubkan dengan manfaat yang terbukti. Bagi mengekalkan momentum Brand Affiliate kami yang gigih mempromosikan ageLOC Reset® Softgel, sila ingat untuk berpegang pada tuntutan yang telah diluluskan yang terdapat di laman web kami atau Halaman Maklumat Produk. Walaupun anda atau pelanggan anda telah mengalami kesan yang hebat daripada pengambilan ageLOC Reset® Softgel, hanya tuntutan rasmi yang telah dibuktikan oleh Nu Skin boleh dikongsi. Selain itu, tuntutan yang tidak diluluskan mengenai keadaan perubatan/kesihatan atau penurunan berat badan (termasuk gambar sebelum dan selepas) tidak boleh digunakan.

 

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah membuat semakan di Garis Panduan Perkongsian ageLOC Reset® Softgel serta video Tuntutan Produk kami.

 

 

ageLOC® WellSpa iO®

 

Sebagai salah satu produk terbaharu kami, ageLOC® WellSpa iO® ialah peranti yang menakjubkan dengan faedah yang terbukti. Apabila ageLOC® WellSpa iO® mula dilancarkan di pasaran di seluruh dunia, sila ingat untuk mematuhi arahan penggunaan dan tuntutan yang diluluskan yang terdapat di laman web dan Halaman Maklumat Produk untuk pasaran anda. Walaupun anda atau pelanggan anda telah mengalami kesan yang hebat hasil penggunaan ageLOC® WellSpa iO®, hanya tuntutan rasmi yang telah dibuktikan oleh Nu Skin boleh dikongsi.

 

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah membuat semakan di Garis Panduan Promosi ageLOC® WellSpa iO® kami serta Halaman Maklumat Produk. Manual Pengguna ageLOC® WellSpa iO® yang rasmi juga boleh didapati di sini.

 

 

Nu Colour® Lash + Brow Serum

 

Sebagai salah satu produk terbaharu kami, Nu Colour® Lash + Brow Serum ialah produk penjagaan diri yang menakjubkan dengan manfaat yang terbukti. Bagi mengekalkan momentum Brand Affiliate kami yang gigih mempromosikan Nu Colour® Lash + Brow Serum, sila ingat untuk mematuhi arahan penggunaan dan tuntutan yang diluluskan yang terdapat di laman web dan Halaman Maklumat Produk kami. Walaupun anda atau pelanggan anda telah mengalami kesan yang hebat hasil penggunaan Nu Colour® Lash + Brow Serum, hanya tuntutan rasmi yang telah dibuktikan oleh Nu Skin boleh dikongsi. Selain itu, tuntutan yang tidak diluluskan mengenai keadaan perubatan/kesihatan atau penurunan berat badan (termasuk gambar sebelum dan selepas) tidak boleh digunakan.

 

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah membuat semakan di Garis Panduan Perkongsian Nu Colour® Lash + Brow Serum juga di Halaman Maklumat Produk kami.

 

 

TikTok

 

Garis Panduan Komuniti TikTok melarang penyiaran atau perkongsian kandungan yang mempromosi atau menggambarkan pemasaran berbilang tingkat. Selaras dengan misi kami untuk menjadi daya untuk kebaikan, dan untuk mempertahankan reputasi syarikat, Brand Affiliate dihalang untuk mempromosikan peluang perniagaan melalui platform TikTok, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, siaran tentang acara berkaitan Nu Skin, kembara insentif, atau promosi rakan kongsi. Brand Affiliate hanya boleh menggunakan TikTok untuk mempromosikan produk syarikat selagi kandungannya tidak melanggar Polisi dan Prosedur Nu Skin dan bahagian lain yang terdapat di dalam Garis Panduan Komuniti TikTok, termasuk keperluan khusus sesebuah negara, sebarang sekatan, atau tuntutan.  

 

 

WhatsApp

 

WhatsApp, platform pemesejan global yang terkenal, baru-baru ini mengemas kini Dasar Perniagaan dan Perdagangan untuk aplikasi perniagaan kendirinya – jangan dikelirukan dengan aplikasi WhatsApp peribadi. Dasar tersebut, yang digunakan untuk semua alatan perniagaan, termasuk aplikasi WhatsApp Business dan WhatsApp Business Solution, melarang perniagaan daripada menjalankan transaksi produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan pemasaran berbilang tingkat. Selaras dengan dasar ini, mana-mana Brand Affiliate yang menggunakan aplikasi atau alatan perniagaan WhatsApp kendiri mestilah menghentikan serta-merta, sebarang dan semua promosi produk dan peluang perniagaan Nu Skin yang menggunakan platform perniagaan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa Brand Affiliate boleh terus menggunakan WhatsApp Business untuk kegunaan peribadi yang tiada kaitan dengan Nu Skin.

 

 

Pinterest

 

Garis Panduan Pengiklanan Pinterest melarang pengguna daripada menyiarkan jenis iklan tertentu, termasuk yang berkaitan dengan model pemasaran berbilang tingkat. Garis panduan ini seterusnya melarang semua kandungan yang berkaitan dengan penurunan berat badan daripada disiarkan/dikongsi, termasuklah iklan. Akibatnya, Brand Affiliate tidak dibenarkan menggunakan iklan di Pinterest untuk mempromosikan peluang perniagaan Nu Skin, produk atau program pengurusan berat badan – walaupun iklan yang hanya ditujukan kepada orang yang pernah terlibat dengan anda. Walau bagaimanapun, Brand Affiliate boleh terus menggunakan pin untuk berkongsi maklumat tentang produk dan peluang perniagaan, selaras dengan Garis Panduan Perkongsian Sosial Nu Skin. Semua kandungan juga mesti mematuhi keperluan Garis Panduan Perkongsian Berbayar Pinterest, termasuk keperluan pengesahan (contoh: #ad, #sponsored).

 


 

Kami akan terus memantau keadaan dan akan memberikan panduan lanjut dalam Garis Panduan Perkongsian Sosial kami, seperti yang diperlukan.

 

*Penasihat perniagaan ini tidak bertujuan untuk menggantikan polisi dan/atau dokumen garis panduan Nu Skin. Brand Affiliate mesti mematuhi keperluan yang terkandung dalam Garis Panduan Perkongsian Sosial, Garis Panduan Testimoni Peluang dan Produk, dan sebarang dokumen garis panduan lain yang disediakan oleh syarikat.

 

Dengan mengambil kira perkara di atas, Nu Skin menggalakkan semua Brand Affiliate untuk terus mempromosikan kedua-dua produk dan peluang perniagaan mengikut dasar serta Garis Panduan Testimoni Peluang dan Garis Panduan Testimoni Produk.

 

Kami akan terus menjadi kekuatan pendorong kebaikan dengan memperkasa dan meningkatkan semangat orang lain melalui produk inovatif dan peluang perniagaan kami.