Nu Skin Enterprises, Inc. (NYSE: NUS) ialah syarikat kecantikan dan kesihatan bersepadu global, dikuasakan oleh platform peluang perkongsian yang dinamik. Syarikat membantu orang ramai melihat, merasai dan menjalani kehidupan yang terbaik melalui rangkaian produk yang menggabungkan kebaikan sains, teknologi dan alam semula jadi. Disokong oleh hampir 40 tahun penyelidikan saintifik, Nu Skin membangunkan produk inovatif termasuk penjagaan diri Nu Skin®, pemakanan tambahan Pharmanex® dan jenama anti-penuaan ageLOC® yang merangkumi rangkaian sistem peranti kecantikan yang turut memenangi anugerah. Nu Skin beroperasi di lebih kurang 50 pasaran di seluruh dunia di Amerika, Asia, Eropah, Afrika dan Pasifik.
Rhyz Inc. ialah cabang pelaburan strategik syarikat yang merangkumi koleksi syarikat teknologi dan pembuatan untuk menyokong pertumbuhan dalam perniagaan teras Nu Skin. Nu Skin komited terhadap kemampanan dan kelestarian, termasuk inisiatif global seperti peralihan kepada pembungkusan yang dikurangkan dan mampan untuk semua produk menjelang 2030. Nu Skin Force For Good Foundation juga berusaha untuk meningkatkan taraf kesihatan, pendidikan dan keadaan ekonomi kanak-kanak di seluruh dunia.
Misi kami adalah untuk menjadi kekuatan pendorong kebaikan di seluruh dunia dengan membolehkan orang ramai untuk meningkatkan kehidupan melalui peluang perniagaan yang memanfaatkan, produk-produk yang inovatif dan budaya yang memperkaya kehidupan.
Visi kami adalah untuk menjadi syarikat kecantikan dan kesihatan inovatif terkemuka di dunia, dengan disokong oleh platform peluang perniagaan yang dinamik.