Di Nu Skin, misi kami adalah untuk menjadi “kekuatan pendorong kebaikan.” Itulah yang mendorong kami dan menjadikan kami berbeza. Ianya memerlukan Nu Skin, pekerjanya, Brand Affiliate dan Brand Representative untuk menonjol dan mewakili prinsip yang menjadi asas kepada pengasas kami dalam membina perniagaan ini. Oleh yang demikian, prinsip teras ini mesti membimbing tindakan kita setiap hari jika kita ingin berjaya dan mencapai misi kita. Sebagai Brand Affiliate dan Brand Representative Nu Skin, anda mesti mematuhi Kod Etika berikut:
- Anda mesti mengendalikan perniagaan anda dengan jujur dan beretika.
- Anda harus menyatakan dengan jelas dan telus kepada bakal pelanggan dan peserta siapa anda, sebab apa anda menghubungi mereka dan produk apa yang anda jual.
- Anda tidak boleh membuat tuntutan palsu atau mengelirukan tentang potensi pendapatan di bawah Program Pretasi Jualan Velocity, atau tentang manfaat menggunakan Produk Syarikat.
- Anda tidak boleh menekan atau memaksa mana-mana peserta atau bakal peserta untuk beroperasi dengan cara yang tidak bertanggungjawab dari segi kewangan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menekan mereka untuk (i) membeli lebih banyak produk, alat bantuan jualan atau perkhidmatan daripada yang mereka boleh gunakan atau jual secara munasabah, atau (ii ) untuk mengekalkan keperluan inventori khusus.
- Anda tidak boleh menggalakkan atau mengesyorkan bahawa peserta atau bakal peserta perlu menanggung hutang untuk menyertai perniagaan.
- Anda mesti menerangkan dengan jelas tentang cara memulangkan produk dan membatalkan pesanan.
- Anda tidak boleh menyatakan kepada bakal peserta bahawa mereka dikehendaki membeli produk atau pakej produk untuk menjadi Brand Affiliate atau Brand Representative.
- Bakal peserta mesti dimaklumkan bahawa mereka boleh mendaftar sebagai pelanggan dan mereka boleh membeli produk secara individu dan bukan dalam bentuk pakej produk.
- Anda mesti mematuhi polisi dan garis panduan syarikat dan dengan undang-undang yang terpakai.
Nu Skin ialah ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) dan mematuhi Kod Etika DSAM. Bersama-sama dengan Kod Etika Nu Skin di atas, sebagai jurujual bebas, anda mestilah mematuhi Kod Etika DSAM dalam operasi perniagaan anda. Kod Amalan DSAM boleh didapati dengan mengklik di sini.