GANJARAN JUALAN

Velocity_Sales_Performance_Plan

 

Untuk melihat Pelan Prestasi Jualan Velocity Malaysia yang lengkap, sila klik di sini.

Tiada sebarang kos untuk menjadi Brand Affiliate Nu Skin dan tiada pembelian produk atau kit yang diperlukan. Tambahan pula, Brand Affiliate menerima komisen hanya apabila produk dijual, dan tidak menerima sebarang ganjaran jualan dengan merekrut orang lain ke dalam perniagaan. Apabila produk dipulangkan mengikut polisi pemulangan kami, semua komisen yang telah dibayar sebelum ini akan dikembalikan dengan segera.

 

Seperti mana-mana peluang jualan, ganjaran jualan yang diperoleh oleh Brand Affiliate Nu Skin berbeza dengan ketara berdasarkan pelbagai faktor termasuk masa yang ditumpukan kepada perniagaan, tahap komitmen dan kemahiran jualan dan kepimpinan. Ini bermakna akan ada beberapa Brand Affiliate yang berjaya, ramai yang lain pula tidak berjaya.

 

Untuk memberikan setiap individu jangkaan yang realistik mengenai peluang pendapatan yang dikaitkan dengan menjadi Brand Affiliate Nu Skin, kami telah menerbitkan ringkasan lengkap ganjaran jualan jualan yang dibayar di semua peringkat dalam Pelan Prestasi Jualan Global kami. Angka-angka ini dikemas kini setiap tahun dan diterbitkan di laman web rasmi Nu Skin untuk setiap wilayah/pasaran yang berkenaan.

 


 

RINGKASAN GANJARAN JUALAN BRAND AFFILIATE ASIA TENGGARA 2024

Untuk versi boleh cetak Ringkasan Ganjaran Jualan Brand Affiliate, sila klik di sini.

Nu Skin Enterprises, Inc. (bersama sekutunya, "Syarikat") ialah sebuah syarikat jualan langsung global yang kini beroperasi di hampir 50 pasaran dan menjual produknya melalui rangkaian Brand Affiliate Bebas. Di Asia Tenggara, Syarikat beroperasi di 7 pasaran1.

 

Tujuan dokumen ini adalah untuk memberikan maklumat yang tepat dan mudah berkenaan ganjaran jualan yang dibayar kepada Brand Affiliate oleh Syarikat. Jadual di bawah menyatakan maklumat terperinci mengenai ganjaran jualan yang dibayar kepada Brand Affiliate yang berdaftar di pasaran ASIA TENGGARA pada tahun 20242.

 

Menjana ganjaran jualan sebagai Brand Affiliate memerlukan masa, usaha dan komitmen yang banyak. Ini bukan program cepat kaya dan tiada jaminan kejayaan kewangan.

 

GANJARAN JUALAN BRAND AFFILIATE 2024 DI ASIA TENGGARA (SEMUA JUMLAH DALAM USD)

Peringkat Ganjaran Jualan Purata Bulanan, sebelum perbelanjaan3 Purata Peratusan Active Brand Affiliate Purata Peratusan Brand Representative dan Brand Affiliate peringkat atas
Active Brand Affiliate Memperoleh Ganjaran (Bukan Brand Representative) $27 9.83% N/A
Qualifying Brand Representative $79 1.64% N/A
Brand Representative $485 2.56% 51.84%
Brand Partner $860 0.84% 17.03%
Senior Brand Partner $1,439 0.73% 14.78%
Executive Brand Partner $1,795 0.26% 5.30%
Brand Director $3,408 0.33% 6.70%
Senior Brand Director $6,702 0.12% 2.35%
Executive Brand Director $20,624 0.10% 2.01%

 

Purata bilangan Brand Affiliate4 yang aktif setiap bulan di ASIA TENGGARA ialah 89,724. Pada asas bulanan, purata kira-kira 14,723 Brand Affiliate, atau 16.4% daripada ahli Brand Affiliate yang aktif di ASIA TENGGARA memperoleh bayaran komisen.

 


 

Ringkasan Ganjaran Jualan Brand Affiliate ASIA TENGGARA ini mungkin tidak menggambarkan keputusan khusus pasaran dengan tepat dalam rantau ASIA TENGGARA1. Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Prestasi Jualan, sila hubungi Nu Skin (Malaysia) Sdn. Bhd melalui e-mel 48hrs_reply_malaysia@nuskin.com atau melalui telefon +603 9078 4788. Pelan Prestasi Jualan boleh didapati dalam talian di sini.

 

1. Singapura, Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam.

2. Jadual hanya termasuk Brand Affiliate yang layak menerima komisen. Brand Affiliate yang hanya membeli produk untuk kegunaan peribadi tidak layak menerima komisen dan oleh itu, tidak termasuk dalam jadual.

3. Sila ambil perhatian bahawa angka ini tidak mewakili keuntungan Brand Affiliate, kerana ia tidak menganggap perbelanjaan yang ditanggung oleh Brand Affiliate dalam promosi perniagaannya dan ia tidak termasuk pendapatan markup runcit. Perbelanjaan biasa mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perjalanan, bekalan pejabat, yuran lesen, premium insurans dan yuran guaman atau perakaunan.

4. Brand Affiliate “aktif” ditakrifkan sebagai mana-mana Brand Affiliate yang sama ada membuat pembelian peribadi, menaja akaun lain atau menerima Sharing Bonus dalam tempoh tiga bulan terkini.