Soalan-Soalan Lazim
Pesanan Atas Talian
Bagaimanakah saya boleh membeli dari Nu Skin Malaysia jika saya berminat dengan produk anda?
Untuk membuat pembelian terus dari laman web Nu Skin Malaysia, anda perlu mendaftar sebagai Brand Affiliate kami.
Anda boleh mendaftar atas talian di nuskin.com. Untuk proses pendaftaran, anda memerlukan seorang penaja*. Selepas menjadi seorang Brand Affiliate, anda bolehlah meneruskan untuk membuka akaun web di nuskin.com.
*Jika anda tidak mempunyai penaja / Brand Affiliate dan ingin kami mengesyorkannya, sila hubungi kami di +603 9078 4788 atau e-mel kami di 48hrs_reply_malaysia@nuskin.com untuk mendapatkan bantuan.
Saya ingin membuat tempahan untuk penghantaran / pengambilan sendiri. Di manakah saya boleh membuat pilihan ini?
Anda boleh menemui pilihan ini pada halaman "Pembayaran Pesanan" di bawah bahagian "Cara Penghantaran".
Bagaimanakah cara untuk saya menyemak sejarah pesanan saya?
Hanya log masuk ke akaun web dalam talian anda dan navigasi ke bahagian "Profil". Dari sana, pilih pilihan "Sejarah Pesanan" untuk melihat rekod dahulu anda.
Di manakah saya boleh memasukkan kod promosi saya?
Anda mungkin menemui pilihan ini pada halaman " Pembayaran Pesanan" di bawah "Semakan Pesanan" > "Masukkan Kod Promosi".
Bolehkah saya edit atau batalkan pesanan atas talian selepas ianya dibuat?
Malangnya, apabila pesanan telah diteruskan, pesanan itu tidak boleh diedit, diubah atau dibatalkan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pemohonan bayaran balik. Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami di +603 9078 4788 atau e-mel kami di 48hrs_reply_malaysia@nuskin.com.
Produk yang saya ingin beli kini kehabisan stok. Bagaimanakah saya boleh teruskan dengan pembelian?
Malangnya, anda tidak akan dapat membuat pesanan untuk produk yang kehabisan stok. Untuk kekal dikemas kini tentang "Ketersediaan Stok Harian", sila melawat laman web kami dan navigasi ke “HELLO, (nama anda)” > "Volumes" > "Resources" > "Sumber/Peralatan". Ini akan membantu anda untuk mengetahui apabila produk sedia ada untuk penjualan.
Mesej ralat "Akaun ini mempunyai sekatan pesanan" muncul apabila saya ingin membuat pesanan. Apakah yang saya patut buat?
Selepas mendaftar sebagai Brand Affiliate, akaun sementara yang boleh digunakan sepanjang tempoh 60 hari akan dibuka untuk kegunaan anda.
Untuk menjadikan akaun sementara ini kekal, anda perlu memberikan salinan Kad Pengenalan anda sama ada kepada Pusat Pengalaman Kuala Lumpur atau Pulau Pinang kami, atau e-melkannya ke my_tempacct@nuskin.com.
Jika akaun sementara tidak ditukarkan kepada akaun tetap dalam tempoh 60 hari, ia mungkin menyebabkan pesanan dan Bonus ditahan pada akaun. Jika akaun sementara tidak dibuat kekal dalam tempoh 90 hari, akaun tersebut akan ditamatkan.