Soalan-Soalan Lazim
Pengambilan Dan Penghantaran Produk
Berapa lamakah tempoh diberi untuk mengambil pesanan saya dari Pusat Pengalaman atau Pusat Logistik?
Pesanan pengambilan perlu diambil dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian. Jika produk tidak diambil dalam tempoh ini, ia akan dihantar ke alamat yang diberikan oleh Brand Affiliate dengan tambahan caj penghantaran RM12.
Apakah jangkaan masa untuk menerima pesanan saya?
Tempoh penghantaran kami adalah dianggarkan selama 5 hari bekerja.
Bagaimanakah saya boleh menjejaki status pesanan penghantaran saya?
Langkah 1: Log masuk ke akaun web dalam talian anda dan navigasi ke "Profil".
Langkah 2: Pilih "Sejarah Pesanan".
Langkah 3: Klik pada nombor Penjejakan untuk diarahkan ke sistem penjejakan kurier.
Sila ambil perhatian bahawa penjejakan pesanan tersedia dalam masa 48 jam selepas pesanan dibuat.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya pesanan saya tiba dalam keadaan rosak?
Sekiranya produk anda tiba dalam keadaan rosak, sila hantar e-mel ke mydelivery_inq@nuskin.com. Sertakan gambar barang yang rosak bersama dengan nombor pesanan dan senarai barang yang rosak.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya telah menerima produk yang salah dalam pesanan saya?
Jika anda telah menerima produk yang salah, sila hubungi kami di +603 9078 4788 (Tekan 1) atau e-mel kami di mydelivery_inq@nuskin.com untuk bantuan lanjut.
Pesanan penghantaran saya ada yang hilang / tidak lengkap. Siapa yang boleh saya hubungi?
Sila hubungi kami di +603 9078 4788 (Tekan 1) atau e-mel ke mydelivery_inq@nuskin.com untuk bantuan lanjut.
Adakah anda menghantar pesanan ke luar pasaran Malaysia?
Penghantaran ke alamat luar negara tidak tersedia.
Jika saya membuat pesanan atas talian untuk produk dari pasaran Nu Skin yang lain, contohnya, Amerika Syarikat, bolehkah penghantaran dibuat ke alamat tempatan saya di Malaysia?
Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa perkhidmatan atas talian untuk membeli produk di setiap pasaran Nu Skin hanya tersedia untuk ahli Brand Affiliate yang menetap di pasaran masing-masing.
Oleh itu, hanya Brand Affiliate yang menetap di pasaran tersebut boleh membuat pesanan atas talian untuk produk Nu Skin yang tersedia di pasaran tersebut. Ini tertakluk kepada sama ada pasaran Nu Skin asing atau tempatan untuk pasaran tersebut, selagi mereka masih menetap di sana. Penghantaran produk tidak disediakan untuk kawasan di luar Amerika Syarikat.
Adakah sebarang caj penghantaran untuk pesanan?
Jenis Pesanan |
Jumlah Pesanan (RM) |
Caj Penghantaran |
Pembelian ARO |
Kurang dari RM400 |
RM12 |
RM400 atau lebih |
Tiada caj dikenakan |
Bukan Pembelian ARO |
Kurang dari RM500 |
RM12 |
RM500 atau lebih |
Tiada caj dikenakan |
Nota: Tersedia untuk semua saluran pesanan.