Temui Kanak-kanak

Kanak-kanak tidak sepatutnya tidur dalam keadaan lapar. Mereka seharusnya mempunyai akses kepada makanan dan masa depan yang cerah – tetapi hampir setiap negara di dunia mempunyai kanak-kanak yang hidup dalam kelaparan. Mereka merupakan beberapa kanak-kanak yang dibantu melalui inisiatif Nourish the Children.

 

 

meet-anderson

Kenali Anderson

 

Ibu Anderson Sikedi meninggal dunia ketika dia masih kecil, dan bapanya tidak dapat menjaganya. Kakak Anderson yang berusia 12 tahun telah memikul tanggungjawab menjaganya dan terpaksa berhenti sekolah. Walaupun kakaknya telah melakukan yang terbaik, namun makanan tidak pernah cukup, yang menyebabkan Anderson sentiasa kekurangan zat makanan. Ketika Anderson hamper meninggal dunia, pekerja dari Rumah Anak Yatim Mtendere menemuinya di tepi jalan.

 

Pada minggu pertama mereka berada di sana, ketua kampungnya memberitahu orang ramai bahawa mereka hanya membuang masa kerana Anderson tidak akan berjaya diselamatkan. Nasib baik Anderson mempunyai semangat juang yang kuat. Sepanjang berada di rumah anak yatim, dia telah membesar dengan sihat dan aktif, ini merupakan hasil hidangan Vitameal yang diambil setiap hari. Anderson berkata, "Saya kelihatan sihat dan kuat – terima kasih Nu Skin atas sumbangan VitaMeal." Anderson kini berusia 13 tahun dan terus membesar dengan sihat.

 

 

meet-wei

Kenali Wei

 

Wei merupakan seorang budak lelaki yang cerdas dan bermotivasi, dia berusia 15 tahun, berasal dari China dan tinggal bersama bapa dan dua orang adik-beradiknya. Ibu Wei telah meninggal dunia, dan bapanya bekerja keras untuk menampung kehidupan mereka, tetapi ada kalanya, ianya tidak mencukupi untuk meletakkan makanan di atas meja. Wei dan adik-beradiknya sering mengalami kelaparan dan tidak bertenaga kerana kurangnya pemakanan yang seimbang. Namun, VitaMeal yang dihidangkan di sekolah Wei telah mengubah segala-galanya. Dia tidak mengalami kelaparan lagi dan boleh belajar dengan lebih tekun. Wei mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran di kolej dan menjadi pakar matematik satu hari nanti – di samping menyumbang yang terbaik kepada masyarakat.

 

 

meet-bridget

Kenali Bridget

 

Bridget ialah seorang gadis muda yang memiliki impian untuk menjadi seorang jururawat suatu hari nanti. Dia berumur empat tahun dan tinggal di Malawi. Ibu bapanya ialah petani yang hidup dalam kesusahan, dan oleh sebab pendapatan mereka yang sangat sedikit, mereka tidak dapat menyokong kehidupan Bridget dengan sumber yang dia perlukan untuk perkembangan hidup yang sihat. Ibu bapa Bridget membawanya ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak Chikondi dengan harapan anak perempuan mereka dapat menerima makanan yang diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat. Melalui Yayasan Joyce Banda, Pusat Chikondi mula menyediakan VitaMeal kepada kanak-kanak, bubur padat kaya dengan vitamin yang dihasilkan oleh saintis pemakanan Nu Skin untuk meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan dan menggalakkan penambahan berat badan yang sihat.

 

Dengan bantuan Vitameal dan Yayasan Joyce Banda, Bridget dapat makan dengan kerap dan mengambil vitamin dan nutrien yang diperlukannya untuk gaya hidup yang lebih sihat. Dia kini mempunyai lebih banyak tenaga untuk belajar dan bermain serta mampu terus mengejar impiannya.

 

 

meet-louise

Kenali Louise

 

Louise pula merupakan seorang gadis muda yang berani di Filipina yang mengalami kehidupan yang sukar. Ibu Louise telah lama jatuh sakit, dan abangnya baru-baru ini meninggal dunia akibat punca yang tidak diketahui. Disebabkan ketidakstabilan dalam keluarga Louise, tanggungjawab utamanya ialah menjaga ibunya yang sakit dan dua adiknya apabila bapanya bekerja.

 

 

Apabila Convoy of Hope bekerjasama dengan sekolah Louise untuk menyediakan VitaMeal, hidupnya mula berubah. Dia percaya bahawa makanan yang dia makan di sekolah dapat membantunya menjadi pelajar yang lebih produktif. Dia telah merancang untuk mencalonkan diri sebagai penyampai pidato perpisahan mewakili kelasnya dan berharap untuk menjadi seorang jurutera suatu hari nanti. Dia berterima kasih kepada inisiatif Konvoi Harapan dan Nourish the Children anjuran Nu Skin untuk menyediakan makanan yang diperlukan supaya dapat mengekalkan kecergasannya sepanjang hari, membolehkannya menjadi seorang pelajar yang lebih baik dan mampu menjaga keluarganya.

 

 

meet-carlos

Kenali Carlos

 

Walaupun Carlos hanya berusia 13 tahun, tetapi mereka yang bertemu dengannya mengetahui bahawa dia pasti akan mempunyai masa depan yang cerah. Dengan minda yang pintar dan karisma secara semula jadi, dia mempunyai bakat yang terserlah sebagai seorang pemimpin dalam komunitinya.

 

Segalanya mungkin tidak kelihatan memberangsangkan buat Carlos tanpa bantuan VitaMeal dan rakan kongsi kami yang hebat iaitu Convoy of Hope. Konvoi telah banyak membantu Carlos dan penghuni-penghuni rumah anak yatim yang lain dalam pemberian makanan yang seimbang setiap hari. Kestabilan itulah yang memberikannya peluang untuk terus fokus pada pelajarannya. Dengan perut yang penuh dengan makanan berkhasiat dan fikiran yang jelas, dia juga mempunyai tenaga untuk melakukan perkara yang paling digemarinya — bermain bola dan menjaga gol dalam perlawanan bola sepak yang disertainya.

 

Carlos merupakan satu daripada contoh bagaimana pemakanan yang seimbang dan pengambilan yang teratur mampu membuat perubahan besar dalam kehidupan kanak-kanak yang kami bantukan. Terima kasih atas sokongan padu anda. Nourish the Children tidak mungkin dapat memenuhi misinya tanpa penyumbang dan rakan kongsinya yang sentiasa komited dan berdedikasi.

 

 

Nu Skin merupakan pengedar produk nutrisi dan penjagaan kulit yang beroperasi di lebih dari 50 pasaran dan tersenarai di New York Stock Exchange (NUS). Nourish the Children adalah inisiatif Nu Skin dan ia didaftarkan di beberapa negeri di Amerika Syarikat sebagai usaha komersial. Inisiatif ini membolehkan para pengedar dan pelanggan-pelanggan Nu Skin membeli VitaMeal daripada Nu Skin dan menyumbangkan kepada organisasi kebajikan demi membantu dalam penyelesaian masalah global, umpamanya menyediakan makanan kepada kanak-kanak yang kurang nutrisi. Harga VitaMeal telah merangkumi kos pembuatan, perbelanjaan am, kos pengedaran dan kos penjualan. Seperti produk Nu Skin yang lain, para pengedar akan dibayar dengan komisen dan Nu Skin memperoleh margin keuntungan daripada setiap penjualan VitaMeal, yang lebih rendah daripada margin keuntungan pada hampir semua produk Nu Skin yang lain.