Membawa Jutaan Senyuman dan Keceriaan

Nu Skin Telah Menyumbang Lebih Dari 600 Juta Bekalan Makanan Melalui Inisiatif Nourish The Children

 

Dengan bangganya, kami mengumumkan bahawa Nu Skin telah menyumbang lebih dari 600 juta bekalan makanan melalui inisiatif Nourish the Children!

 

Dengan bantuan anda, 130,000 kanak-kanak malnutrisi yang lebih daripada 50 pasaran dapat mengisi perutnya setiap hari sejak ditubuhkan pada tahun 2002.

 

"Keluarga Nu Skin berkumpul untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak malnutrisi di seluruh dunia," kata Steven J. Lund, Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah dan Pengarah Eksekutif Nourish the Children. "Kejayaan yang penting ini menunjukkan rahmat asas manusia terhadap manusia lain yang sedang mengalami penderitaan dan bersedia untuk bertindak. Kami mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati daripada Pemimpin Jualan, pelanggan dan pekerja yang membeli dan menderma VitaMeal. "

 

Mengapa Menyertai Program Nourish the Children?

Dengan Program Nourish the Children, anda boleh yakin bahawa sumbangan anda akan dilaksanakan untuk penggunaan terbaik.


Beli dan Sumbang VitaMeal® yang berkhasiat
Digunakan untuk menyuburkan kanak-kanak yang memerlukannya
Dimanfaatkan melalui pendidikan dan program-program pencegahan penyakitan
Membuat perbezaan dengan hampir 100,000 kanak-kanak yang disuburkan setiap hari

 

Ia adalah mudah untuk menyuburkan seorang kanak-kanak lagi


Membeli dan menyumbang VitaMeal® satu beg lagi setiap bulan, atau menggalakkan rakan untuk berbuat demikian.

NTC_Life_Changing_Journey

Nu Skin merupakan pengedar produk nutrisi dan penjagaan kulit yang beroperasi di lebih dari 50 pasaran dan tersenarai di New York Stock Exchange (NUS). Nourish the Children adalah inisiatif Nu Skin dan ia didaftarkan di beberapa negeri di Amerika Syarikat sebagai usaha komersial. Inisiatif ini membolehkan para pengedar dan pelanggan-pelanggan Nu Skin membeli VitaMeal daripada Nu Skin dan menyumbangkan kepada organisasi kebajikan demi membantu dalam penyelesaian masalah global, umpamanya menyediakan makanan kepada kanak-kanak yang kurang nutrisi. Harga VitaMeal telah merangkumi kos pembuatan, perbelanjaan am, kos pengedaran dan kos penjualan. Seperti produk Nu Skin yang lain, para pengedar akan dibayar dengan komisen dan Nu Skin memperoleh margin keuntungan daripada setiap penjualan VitaMeal, yang lebih rendah daripada margin keuntungan pada hampir semua produk Nu Skin yang lain. 

Divider