Proses Kualiti 6S

Inovasi Saintifik Nu Skin

Di Nu Skin, inovasi produk kami bermula dengan penemuan saintifik. Para saintis kami merangkumi penyelidik daripada pelbagai disiplin sains, yang membolehkan kami menerajui inovasi dan penemuan baru tanpa batasan. Kepakaran mereka membuka peluang untuk perkembangan dan penghasilan produk yang berhakmilikan, berdaya maju yang mampu mengubah kehidupan.

 

6s-hero

Proses Kualiti 6S

Kami telah menetapkan piawaian kami sendiri dalam proses pembangunan dan pembuatan — kami mengekalkan kualiti, keberkesanan, dan kawalan keselamatan di setiap peringkat bagi memperolehi hasil yang optimum, yang memenuhi tahap piawaian tertinggi dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak yang berkenaan. Kunci kepada kualiti produk kami yang konsisten ini terletak pada apa yang dipanggil Proses Kualiti 6S. Proses ini melibatkan satu set aktiviti bersepadu yang rumit serta meliputi pelbagai jenis saringan serta ujian saintifik yang amat teliti. Ianya memerlukan kolaborasi secara konsisten dan komitmen yang bersepadu dalam menentukan kualiti.

 

 

 

6Sjpgs-01

Pemilihan

Kesemua bahan yang digunakan dalam menghasilkan rangkaian produk Nu Skin perlulah memenuhi ciri-ciri untuk keberkesanan, kesesuaian formulasi, dan juga keselamatan pengguna. Nu Skin sentiasa bekerjasama dengan pakar dan pembekal bahan mentah dari seluruh dunia bagi mendapatkan maklumat sejarah dan latarbelakang serta penemuan saintifik terbaru berkenaan bahan unik yang digunakan di dalam setiap produk kami.


RM14110003_V3_N

Sumber

Apabila pemilihan sesuatu bahan mentah selesai dilakukan, para saintis Nu Skin akan menyiasat di mana sumber komersial tersebut mudah diperolehi bagi mempastikan kualiti dan bekalan komponen bahan utama sentiasa mencukupi. Nu Skin membuat penilaian ke atas setiap sumber bahan mentah yang digunakan bagi menjamin kualiti dan kesesuaiannya dalam memformulasikan sesuatu produk, dan memantau konsentrasi bahan aktif di mana berkenaan.


6Sjpgs-03

Spesifikasi

Nu Skin memilih apa yang kami percaya sebagai sebatian paling selamat dan bahan berkualiti tinggi untuk digabungkan ke dalam formulasi produk kami. Nu Skin menetapkan beberapa spesifikasi sebagai asas bagi pemilihan sebatian aktif, bahan-bahan, dan kriteria bagi produk siap. Kriteria tersebut membantu menetapkan piawaian bahan, dan juga menentukan ciri-ciri spesifik agar pembuatan produk lebih konsisten. Apabila dirasakan perlu, produk Nu Skin akan dianalisa dengan teliti bukan hanya untuk mengenalpasti komponen aktif di dalamnya, tetapi bagi mempastikan konsistensi dalam pembuatan dan kualiti produk sentiasa terjamin.


6Sjpgs-04

Piawaian

Bahan mentah Nu Skin mestilah memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan bagi mengesahkan kesediaannya dalam pembuatan produk. Apabila terdapat variasi di dalam penggunaan komponen aktif yang terdiri daripada bahan semulajadi atau botanikal, kami memilih hanya bahan-bahan yang memberikan jumlah spesifik untuk kekal aktif. Tambahan pula, saintis kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan formulasi produk yang mengandungi bahan-bahan pada kekuatan atau kepekatan yang terbukti paling berkesan. Sebaik sahaja siap, produk Nu Skin akan diuji bagi memenuhi spesifikasi barangan siap sebelum diedarkan kepada pengguna. 


6Sjpgs-05

Keselamatan

Nu Skin berpegang teguh kepada piawaian keselamatan produk dengan cara mengkaji latarbelakang saintifik dan menjalankan kajian piawaian keselamatan. Nu Skin menjalankan ujian piawaian khusus untuk produk nutrisi dan penjagaan diri. Sebagai contoh, ujian keselamatan bagi mengesan kehadiran mikrob, logam berat dan bahan cemar yang lain, serta kewujudan sebarang sumber iritasi dan/atau alahan. Kami juga kerap menggunakan kelompok penguji luaran bagi mendapatkan pengesahan dan pengiktirafan tentang tahap keselamatan produk Nu Skin.


6Sjpgs-06

Sokongan

Nu Skin amat prihatin bukan hanya terhadap keselamatan produk dan kandungannya, malahan menitikberatkan keberkesanannya. Setiap produk disokong oleh latarbelakang saintifik dan/atau kajian penyelidikan. Bagi produk utama, kami menjalankan kajian klinikal yang didokumenkan bagi mengenalpasti keberkesanan produk serta kandungannya, dan sebagai sokongan terhadap produk tersebut.

 

 


Di sepanjang sejarah perjalanan syarikat kami, kami percaya bahawa fokus kami terhadap inovasi saintifik telah menjadikan Nu Skin sebagai peneraju di dalam industri produk nutrisi dan penjagaan diri. Proses Kualiti 6S membantu kami dalam menangani faktor-faktor yang mempengaruhi keselamatan dan keberkesanan sesuatu produk. Dengan matlamat tersebut, kami boleh berterusan membangunkan sains anti-penuaan berhakmilikan dan menghasilkan produk yang berinovatif bagi membantu masyarakat menikmati kehidupan lebih muda lebih lama.

Divider