Sandra N. Tillotson
Pengasas, Naib Presiden Kanan
Sandie Tillotson sentiasa teruja untuk menggapai impiannya yang paling berani. Takrifannya tentang berani bermakna membuat keputusan tentang kehidupan yang beliau benar-benar inginkan - dan kemudian, berkata tidak kepada semua perkara yang menghalangnya.
Pada awal 1980-an, Sandie adalah seorang isteri muda, ibu, dan merupakan pelajar lepasan kolej yang mengajar di sekolah awam. Di sanalah, dalam permulaan yang sederhana itu, di mana pengenalan kepada pemasaran rangkaian dibuat dan turut mengubah perjalanan hidup Sandie. Tidak lama selepas itu, Sandie tahu bahawa beliau telah ditakdirkan untuk mencipta dan mereka bentuk sesuatu yang revolusioner - sesuatu yang bukan sahaja boleh mengubah hidupnya sendiri, tetapi kehidupan di seluruh dunia. Beliau akhirnya telah bertekad dan nekad untuk menubuhkan syarikatnya sendiri.
“Apabila kami memulakan Nu Skin, kami bertiga dengan berbekalkan semangat serta keberanian telah meletakkan penandaan di peringkat antarabangsa kerana visi kami dari awal bukan sahaja untuk menjual produk inovatif secara global, tetapi untuk mengubah kehidupan. Orang ramai dan produk, dalam susunan itu.”
Empat dekad kemudian, dengan syarikat berbilion dolar berdiri di belakangnya, Sandie berdiri megah didorong oleh cinta - rasa cinta terhadap kerja yang dilakukannya, terhadap rangkaian produk unggul yang Nu Skin hasilkan dan terutamanya untuk orang ramai yang berkembang maju melalui pelbagai peluang yang disediakan oleh Nu Skin.
Seorang penceramah awam yang popular di seluruh dunia, kehebatan kepimpinan Sandie telah memenangi banyak anugerah dan pengiktirafan di seluruh dunia. Namanya sering tersenarai di Women to Watch, juga dinamakan sebagai salah seorang pemilik perniagaan wanita teratas di A.S. oleh Working Women Magazine, dan dianugerahkan penghormatan sebagai salah seorang daripada hanya 50 "Wanita Alaf Baru" oleh Feminine Fortune Magazine.
Usaha dermawan Sandie berada di tengah-tengah semuanya. Sebagai pemegang amanah Nu Skin Force for Good Foundation, Sandie merupakan ketua pasukan yang berinovasi dalam meningkatkan kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia dengan membantu memerangi penyakit, buta huruf dan kemiskinan. Beliau juga berkhidmat sebagai naib presiden Seacology, sebuah organisasi bukan untung alam sekitar antarabangsa yang memfokuskan pada menyelamatkan spesies terancam, habitat dan budaya pulau di seluruh dunia. Beliau juga telah menggunakan kejayaannya untuk memelihara sempadan perhutanan terakhir Amerika di hutan belantara Oregon.
Sama ada menunggang kuda, menyelam skuba, bergaduh lembu, memancing di lautan seperti yang dilakukannya semasa kecil bersama bapanya atau menerokai puncak terhebat di dunia bersama rakan-rakan, kegembiraan terbesar Sandie adalah apabila dapat meluangkan masa bersama keluarganya. Sandie merupakan ibu kepada tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki, dan nenek kepada sepuluh orang cucu yang dengan merekalah beliau mencipta festival filem kenangan melalui pelbagai acara tradisi tahunan. Dari menghias biskut percutian, menghijaukan taman atau meneroka glasier di Alaska, krew kegemaran Sandie sudah pastilah keluarganya. Mereka adalah kebahagiaan sebenarnya.
Sambil terus menyumbang kepada Nu Skin, keghairahan Sandie untuk memperkasa dan memberikan inspirasi kepada orang lain untuk menyedari bahawa mereka tidak terbatas, semakin mendalam dan tidak pernah luntur. Beliau melakukan ini dengan inovasi dan integritinya yang tidak berbelah bahagi, kerana melalui semua pertumbuhan, keajaiban dan kemungkinan, motivasi dalaman Sandie tidak pernah berubah. Ini didorong oleh rasa cinta, yang merupakan asas kepada bukan sahaja perniagaannya, tetapi juga kehidupannya.