Lembaga Penasihat Saintifik Anti-penuaan


PaulAlanCox

Paul Alan Cox, Ph.D.
Pengarah Institut bagi Etnoperubatan

 


Salah seorang pakar etnobotani yang termasyur di dunia, Dr. Cox   merupakan pakar dalam penggunaan tumbuhan oleh budaya orang asli.   Semasa waktu kerjaya, beliau telah menerbitkan lebih daripada 150 artikel saintifik dan tiga buah buku. Dr. Cox menerima M.Sc. dalam bidang Ekologi di Universiti Wales sebagai Felow Fullbright. Pada tahun 1978, Dr. Cox memasuki Harvard sebagai Felow Danforth dan Felow Yayasan Sains Kebangsaan, dan pada tahun 1981, beliau menerima Ph.D. dalam bidang biologi. Beliau kemudian menerima anugerah National Science Foundation Presidential Young Investigator dari Presiden Ronald Reagan. Kini, Dr. Cox berkhidmat sebagai Pengerusi Yayasan Seacology, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu memelihara hutan hujan tropika di pulau dan juga amalan budaya. 

 


ZoeDianaDraelos

Zoe Diana Draelos, M.D., F.A.A.D.

Ahli Dermatologi dan ketua pengarang, Jurnal Dermatologi Kosmetik

 

 

Dr. Draelos adalah seorang dermatologi terlatih yang diperakui oleh lembaga dan Felow Akademi Dermatologi Amerika dengan minat penyelidikan beliau dalam bidang kosmetik, dandanan diri dan ubat-ubatan kulit yang aktif secara biologi. Beliau adalah seorang profesor perundingan dalam Jabatan Dermatologi di Sekolah Perubatan Universiti Duke dan menjalankan amalan klinikal di High Point, N.C. Beliau dilantik sebagai profesor pelawat di lebih daripada 45 institusi perubatan pada peringkat nasional dan antarabangsa.  Beliau adalah pengarang bagi sembilan buku teks, termasuk Kosmetik dalam Dermatologi. Dr. Draelos telah menyumbangkan bab-bab kepada 23 buah buku teks, menulis 300 buah penerbitan kertas kerja, dan kini berkhidmat untuk lapan lembaga editorial jurnal. Pada tahun 2006, beliau menerima satu anugerah pencapaian seumur hidup dalam industri kosmetik daripada Health Beauty America atas sumbangan penyelidikan beliau dalam formulasi topikal.


TomasAProlla

Tomas A. Prolla, Ph.D

Pengasas bersama, LifeGen Technologies, Profesor, Jabatan Genetik dan Perubatan Genetik, Universiti Wisconsin

 

Tomas A. Prolla, Ph.D., belajar di Jabatan Molekul Bio-fizik dan Biokimia di Universiti Yale, menerima ijazah doktor falsafah pada tahun 1994. Beliau menamatkan latihan pasca kedoktoran di Jabatan Manusia dan Molekul Genetik di Kolej Perubatab Baylor, kemudian menyertai fakulti Jabatan Genetik dan Perubatan Genetik di Universiti of Winconsin pada tahun 1997. Dr. Prolla telah menerima beberapa anugerah kecemerlangan saintifik, termasuk Shorb Lecturer Award, Burroughs Wellcome Young Investigator Award, Shaw Scientist Award, Howard Hughes Medical Institute New Investigator Award, dan Pound Research Award.   Tugas Dr. Prolla kini tertumpu kepada penggunaan profil ekspresi gen, kajian jangka hayat, dan histopatalogi. Pada tahun 2001, beliau bersama Dr. Richard Weindruch mengasaskan LifeGen Technologies, LLC, syarikat yang menumpukan kepada pemakan genomik, termasuk kesan nutrien dan sekatan kalori pada proses penuaan. Dr. Prolla telah menerbitkan beberapa artikel dalam jurnal saintifik berprestij seperti Sains.