FAQ

PENULEN AIR ECOSPHERE

Soalan-Soalan Lazim

1. Apakah itu EcoSphere?

Rangkaian produk EcoSphere melahirkan persekitaran yang bersih, selamat agar anda dan keluarga anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, sejahtera dan dilindungi.

 

2. Apakah itu Penulen Air EcoSphere dan kegunaannya?

Penulen Air EcoSphere merupakan sebuah peranti berteknologi tinggi yang disambungkan terus kepada kepala paip di rumah anda. Menggunakan teknologi penulenan ultra yang inovatif, penulen air ini menghasilkan air paip yang sangat bersih dan paling selamat agar anda sekeluarga boleh menikmati air minuman yang sihat. Lindungi kesihatan anda dengan air yang bersih, selamat – bebas dari toksin, bahan pencemar, bendasing dan patogen.

 

3. Apakah itu penapisan ultra dan adakan ia lebih baik daripada penapisan mikro?

Penapisan ultra adalah selangkah lebih daripada penapisan mikro, di mana apa yang anda akan perolehi adalah melalui sistem blok karbon. Penulen Air EcoSphere diklasifikasikan sebagai peranti penapisan ultra kerana ianya dilengkapi dengan membran PES istimewa yang digunakan bersama teknologi blok karbon termampat.

 

4. Di manakah patut saya memasang Penulen Air EcoSphere?

Peranti ini mempunyai reka bentuk yang premium dan anggun, berwarna putih, bersih dan bercirikan kemasan yang eksklusif. Pasti kelihatan hebat jika dipasangkan di atas kaunter. Anda boleh memasangkan Penulen Air EcoSphere di mana-mana asalkan terdapat kepala paip dan soket elektrik yang berdekatan.

 

5. Adakah terdapat sebarang perkara yang membataskan penggunaan Penulen Air EcoSphere?

Jangan baringkan Penulen Air EcoSphere anda ke sisi atau telangkupkannya.

Jangan patahkan, bengkokkan atau rosakkan wayar kuasa dengan cara apa sekalipun. Ini boleh mengakibatkan kerosakan atau Penulen Air EcoSphere gagal berfungsi dengan sempurna.
Penulen Air EcoSphere yang menggunakan sumber air perbandaran tidak sesuai digunakan di luar kediaman kerana pendedahan kepada matahari secara langsung akan memendekkan jangka hayat komponennya. Ianya juga tidak boleh disimpan di tempat yang terlalu sejuk/panas, ataupun dibiarkan rendam di dalam sebarang jenis cecair.

 

6. Selain daripada diminum, bolehkah saya guna air tulen untuk kegunaan lain?

Selain daripada diminum, air yang terhasil daripada Penulen Air EcoSphere juga selamat digunakan ketika memasak, sebagai air mandian dan bagi tujuan pembersihan. Gunalah Penulen Air EcoSphere bila-bila masa anda memerlukan air yang bersih dan selamat.

 

7. Berapa kerapkah saya perlu menukar katrij 3dalam1?

Apabila petunjuk LED pada Penulen Air EcoSphere mula berkelip warna jingga, ia bermaksud katrij 3dalam1 perlu diganti dalam masa yang terdekat. Apabila petunjuk LED berterusan warna jingga, ia bermaksud sudah tiba masanya katrij 3dalam1 diganti. Sila rujuk kepada manual pengguna bagi keterangan lanjut tentang petunjuk LED tersebut. Secara puratanya, katrij 3dalam1 perlu diganti setiap 12 bulan, bergantung kepada kualiti air daripada sumber air perbandaran. Anda boleh membeli gantian katrij 3dalam1 melalui pesanan secara atas talian melalui www.nuskin.com atau dapatkannya di Pusat Pengedar Nu Skin yang berdekatan.

 

8. Bagaimanakah caranya untuk menukar katrij 3dalam1?

Untuk menukar katrij 3dalam1, anda hanya perlu tekan dan pusing katrij 3dalam1 sebanyak 90 darjah melawan arah pusingan jam secara lembut dan keluarkan katrij. Masukkan kartrij baru, tekan sedikit, dan putarkannya mengikut arah pusingan jam sehingga titik kecil di atas kartrij adalah sama dengan ikon kunci pada Penulen Air EcoSphere. Tiada alat khas diperlukan dan proses keseluruhan hanya mengambil masa sepanjang beberapa saat.

 

9. Adakah saya perlu menggantikan lampu UV?

Lampu UV dibina di dalam peranti dan direka khusus untuk penggunaan berterusan secara efektif tanpa memerlukan sebarang penggantian berkala.

 

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat Nu Skin yang berdekatan di tempat anda.

 

 


 

 

 

 


Divider