Regional Management

Pelanggan baru? Daftar hari ini!

Regional Management


Vicky-Leevutinun-172x225

Pakapun (Vicky) Leevutinun, Ph.D

President, Nu Skin Asia Tenggara

 

Dr Pakapun (Vicky) Leevutinun mempunyai pengalaman dalam jualan langsung lebih dari 20 tahun.

 

Dr Pakapun (Vicky) Leevutinun berkhidmat sebagai Presiden Asia Tenggara dan menyelia tujuh pasaran (Thailand, Filipina, Singapura, Malaysia, Brunei, Indonesia & Vietnam). Beliau berasal dari Thailand dan menyertai pasukan pengurusan Nu Skin SEA pada bulan Julai 2015. Sebelum ini, Dr Leevutinun adalah Presiden pasaran untuk Nu Skin Thailand dan Nu Skin Vietnam.

 

Selama 21 tahun di Nu Skin, Dr Leevutinun memainkan peranan yang penting dalam membina kejayaan Nu Skin Thailand serta mempengaruhi industri jualan langsung di sana. Nu Skin adalah salah satu daripada lima syarikat jualan langsung di Thailand. Di bawah kepimpinannya, Dr Leevutinun juga menguruskan pembukaan Nu Skin di Vietnam, beliau menetapkan strategi dan rangka kerja untuk pertumbuhan perniagaan masa depan di pasaran Vietnam.

 

Dr Leevutinun berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Jualan Langsung Thailand (TDSA) dari Julai 2014 hingga Jun 2016. Sepanjang masa ini dengan TDSA, beliau membantu untuk membangunkan Etika Jualan Langsung, memastikan bahawa anggota TDSA mempertahankan standard yang tinggi untuk memberi kesan positif kepada masyarakat. Dr Leevutinun sekarang berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Perkhidmatan Jualan Langsung Sedunia (WFDSA) dan membantu persatuan jualan langsung di seluruh dunia menyelaraskan dasar dan mempromosikan kesedaran industri.

 

Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah untuk Nu Skin Southeast Asia Children’s Heart Fund (SEACHF), Dr Leevutinun bersemangat untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi penyakit jantung kongenital. Dia bekerja rapat dengan pengedar-pengedar Nu Skin untuk membantu menyelamatkan nyawa lebih 10,000 kanak-kanak di rantau ini.

 

Dr Leevutinun telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan.

 

IJAZAH DAN ANUGERAH:

  • Pingat Kehormatan Pertama untuk Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Chulalongkorn, Thailand
  • MBA dari Sekolah Pengurusan Marriott, Universiti Brigham Young di America Syarikat (1996)
  • PhD dalam Pengurusan Teknopreneurship & Inovasi dari Thailand, Universiti Chulalongkorn (2015)
Sertai Nu Skin SERTAI NU SKIN SEBAGAI BRAND AFFILIATE