Nutriol Energizing Shampoo

Nutriol Energizing Shampoo 125ml

Syampu dengan formula terkini ini dirumuskan untuk penggunaan harian dan dapat meningkatkan kesuburan rambut dan kulit kepala anda.

Buy Now

Product Details

  • Tuntutan Produk
    • Bebas Haruman, sesuai untuk semua jenis kulit.
    • Memulihkan kecergasan dan kekuatan rambut.
    • Meningkatkan nutrien penting dan vitamin yang tersedia dalam folikel rambut.
    • Menambahkan semula mineral dan penghidratan kepada rambut, meningkatkan volum dan kilauan.
    • Keselamatan dan alahan teruji oleh ahli dermatologi.
  • Bahan-bahan Utama
      Tricalgoxyl, kaya dengan kelp sulphated oligosaccharides (polisakarida), telah dibangunkan oleh makmal Eropah yang mempunyai pengalaman lebih daripada 40 tahun dalam bidang trikologi (kajian rambut dan rawatan kulit kepala). Berasal daripada spesis alga perang (rumpai laut) khusus yang ditumbuh dan dikutip di Rizab Biosfera Iroise di Perancis, Tricalgoxyl berfungsi bersama bahan-bahan lain yang penting untuk memberikan semula mineral kepada kulit kepala dan membantu mengembalikan kesihatan semula jadi, kekuatan dan kekilauan rambut.
  • Penggunaan
    • Gunakan Nutriol Shampoo pada rambut basah (1-3 pam untuk rambut pendek hingga sederhana, 3-5 pam untuk rambut panjang).*
    • Urut secara lembut.
    • Bilas dengan air suam.
    • Diikuti dengan Nutriol Hair Fitness Treatment.
    • *Penggunaan Nutriol Energizing Shampoo adalah hampir 2 botol setiap bulan.
  • Ujian Klinikal
      NOTA: Klinikal ini tidak dibenarkan di Amerika Syarikat, sila semak dengan penasihat undang-undang dalam pasaran anda sebelum menggunakan kajian ini.
      Keputusan Klinikal:
      Dalam kajian klinikal yang dijalankan oleh Makmal Foltene ke atas Tricalgoxyl, penyelidik mendapati bahawa selepas rawatan 90 hari dengan bahan aktif:
    • Bilangan rambut dalam fasa anagen (fasa pertumbuhan) telah meningkat daripada 22.1% kepada 32.4% (10.3%).
    • Bilangan rambut dalam fasa telogen (fasa penguguran) telah menurun daripada 77.8% kepada 67.6% (10.2%).
  • Untuk Makluman Anda
      Kisah Laut Unik

      Lautan adalah deposit terbesar sumber kehidupan di planet kita dan juga yang terakhir untuk dieksploitasi oleh manusia. Benua "kelapan" yang luar biasa kaya ini adalah buaian kehidupan. Ia adalah fakta daripada laut, bahawa tiga juta tahun yang lalu, kehidupan pertama telah yang terbentuk ialah alga mikroskopik. Oleh sebab komposisinya yang luar biasa kaya, semua elemen kehidupan yang penting turut terkandung dalam alga.

      Fisiologi Rambut
      Setiap folikel rambut mengalami 3 fasa dalam kitaran:
      Fasa Anagen—pertumbuhan aktif (3-7 tahun).
      Fasa Katagen—peralihan/pertumbuhan berhenti (2-4 minggu).
      Fasa Telogen—berehat, kemudian bergugur (3-4 bulan).

      Rambut mengalami penguguran dan pembaharuan yang berterusan secara berselang-seli mengikut kitaran pertumbuhan, rehat, gugur dan pertumbuhan semula. Kajian klinikal menunjukkan bahawa nutrisi optimum yang diberi kepada folikel rambut boleh membantu memanjangkan fasa anagen (pertumbuhan) dalam kitaran pertumbuhan rambut. Semakin lama rambut anda kekal dalam fasa ini, semakin tebal dan lebat rambut anda kelihatan.
Divider