Epoch® Blemish Gel

Epoch® Blemish Gel 15ml

Melega dan mengurangkan pertumbuhan jerawat.

Buy Now

Product Details

  • Tuntutan Produk
    • Rawatan spot untuk mensasar dan merawat masalah jerawat.
    • Ekstrak botani melegakan masalah kemerahan untuk memperbaiki penampilan kulit.
    • Keselamatan dan alahan teruji oleh ali dermatologi.
    • Sumbangan sebanyak US$0.25 daripada jualan setiap produk Epoch® akan disalurkan kepada Nu Skin Force for Good Foundation, pertubuhan amal yang komited untuk memupuk peningkatan hidup di seluruh dunia.
  • Bahan-bahan Utama
    • Job's tears — tumbuhan yang membiak setinggi rumput liar sepanjang jalan dan denai. Kaya dengan asid amino, akarnya telah digunakan pada zaman dahulu di Asia tropika untuk merawat dan menyembuhkan masalah kulit. Ia amat dikenali dengan kebolehan untuk mensasar dan membantu mengurangkan tekanan yang berkaitan dengan jerawat. Ekstrak Job's tears merupakan bahan utama dalam Epoch® Blemish Gel untuk membantu melegakan kulit yang disebabkan oleh cacat cela jerawat.
    • Yarrow, burdock, and chamomile — tanaman botani ini telah digunakan secara meluas selama berkurun oleh orang asli Amerika untuk melegakan pelbagai kegatalan pada kulit. Tumbuhan ini dijadikan dalam bentuk tuam dan digunakan secara langsung pada bahagian bermasalah sebagai penawar yang melegakan kulit. Ekstrak-ekstrak herba ini bertindak bersama Epoch® Blemish Gel untuk merawat dan mengurangkan kemerahan yang berkaitan dengan masalah kulit.
    • Asid Salisilik — ubat yang terbukti secara klinikal untuk merawat masalah jerawat dengan berkesan.
  • Penggunaan
      Membersihkan kulit dengan teliti sebelum mengaplikasikan ubat. Meliputi semua bahagian yang terlibat dengan lapisan tebal tiga kali sehari. Oleh sebab kulit mungkin mengalami kekeringan, mulakan dengan satu aplikasi setiap hari, kemudian menambahkan bilangan aplikasi secara beransur-ansur jika perlu. Sekiranya kekeringan atau pengelupasan berlaku, kurangkan penggunaan kepada satu kali sehari atau selang sehari.
  • Soalan  & Jawapan
      Apakah etnobotani dalam Epoch® Blemish Gel dan apakah fungsinya?
      Epoch® Blemish Gel mengandungi lebih banyak etnobotani berbanding dengan mana-mana produk Epoch® yang lain. Job's tears digunakan secara tradisi di tropika Asia, China dan Jepun untuk melegakan kulit jerawat dan mengurangkan masalah kemerahan pada kompleksi yang bermasalah. Yarrow, Burdock, dan Chamomile kesemuanya digunakan oleh orang asli Amerika untuk melega dan menenangkan masalah kulit. Tumbuh-tumbuhan digunakan untuk menuam dan diletakkan pada bahagian bermasalah untuk merawat dan melegakan bengkak-bengkak pada kulit bermasalah. Ekstrak tumbuhan ini digabungkan di dalam Epoch® Blemish Gel untuk menenangkan kulit dan mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh jerawat.

      Berapa kerap harus saya gunakan Epoch® Blemish Gel untuk hasil yang optimum?
      Mula gunakan Epoch® Blemish Gel pada bahagian bermasalah sekali setiap hari. Tambahkan aplikasi secara beransur-ansur sehingga tiga kali sehari jika perlu. Jika kekeringan berlaku, kurangkan kadar penggunaan. Epoch® Blemish Gel boleh digunakan pada lapisan solek pada siang hari untuk melawan masalah kulit yang degil. Gunakan dengan mudah, biarkan kering, kemudian bersolek.

      Bagaimanakah Epoch® Blemish Gel berbeza daripada Nu Skin Clear Action® System?
      Nu Skin Clear Action® System merupakan produk yang lengkap untuk kegunaan seluruh muka bagi melawan tanda-tanda jerawat dari dulu,kini dan akan datang, sementara Epoch® Blemish Gel merupakan rawatan bahagian yang agresif untuk penggunaan jerawat sedia ada.

      Bolehkah saya menggunakan Epoch® Blemish Gel dengan Nu Skin Clear Action®?
      Ya, Epoch® Blemish Gel merupakan gabungan yang bagus dengan Nu Skin Clear Action®.

      Jika menggunakan Nu Skin Clear Action® System, bilakah saya harus menggunakan Epoch® Blemish Gel?
      Sekiranya anda menggunakan sistem akne, Epoch® Blemish Gel harus digunakan selepas penyegar.

      Adakah Epoch® Blemish Gel digunakan untuk muka sahaja?
      Tidak. Epoch® Blemish Gel merupakan cara efektif untk melawan semua masalah jerawat.
Divider