Epoch® Baby Hibiscus Hair & Body Wash

Epoch® Baby Hibiscus Hair & Body Wash 150ml

Mengandungi ekstrak Bunga Raya bagi melembap dan mengekalkan kesihatan kulit kepala di samping membersihkan kulit dan rambut.

Buy Now

Product Details

  • Tuntutan Produk
    • Ekstrak bunga raya melega dan melembapkan kulit di samping membersihkan rambut dan mengekalkan kulit kepala yang sihat.
    • Formula yang lembut dan tidak memedihkan mata untuk kegunaan bayi.
    • Pam berbuih yang sesuai membolehkan produk digunakan dengan mudah, dikeluarkan dengan satu tangan sahaja.
    • Keselamatan dan alahan teruji oleh ahli dermatologi.
  • Bahan-bahan Utama
    • Ekstrak Bunga Raya (Hibiscus Rosa-Sinesis) — digunakan oleh budaya tradisional di Asia Tenggara dan Ameika Tengah pada bayi mereka, bunga raya melega dan melembapkan kulit di samping membersihkan rambut dan mengekalkan kulit kepala yang sihat
    • Ekstrak Buah Elderberry — digunakan oleh penduduk Eropah sebagai bahan  untuk membersih dan melembapkan kulit
    • Calendula — melegakan kulit
    • Ekstrak Oat — melembap dan melindungi kulit      
  • Penggunaan
      Menyokong bahu dan leher bayi dengan satu lengan, mendukung bayi anda dengan selamat di bawah ketiak. Gunakan tangan anda untuk mengeluarkan amaun buih yang diperlukan pada badan dan rambut bayi yang basah. Urut dengan lembut ke dalam rambut dan seluruh badan bayi, kemudian bilas bersih dengan air suam.
  • Untuk Makluman Anda
      Bunga raya telah lama digunakan di seluruh Polenesia, Asia Tenggara, Amerika Tengah dan Selatan. Bunga dan daun yang dihancurkan ini telah direbuskan di dalam air untuk menghasilkan infuse yang diaplikasikan pada rambut dan kulit kepala bayi untuk membersih, melega dan melembapkan kulit.
  • Soalan & Jawapan
      Mengapa saya perlukan foaming baby wash?
      Ia menjadikan masa mandian lebih mudah dengan membolehkan anda mengeluarkan produk ini dengan satu tangan sambil memegang bayi anda.  Ini juga membantu anda mengawal penggunaan produk ini, tanpa pembaziran atau tumpahan.

      Adakah produk ini tidak memedihkan mata?
      Ya, produk ini telah diuji pada mata untuk sebarang kepedihan. Ia lulus dengan keputusan yang bagus, dan lebih baik dari shampoo dan pencuci yang lain yang berada di pasaran.

      Terdapat pelbagai pencuci badan dan rambut di pasaran, mengapa saya harus pilih yang ini?
      Bahan etnobotani unik yang kami gunakan dalam produk ini — bunga raya dan buah-buahan elderberry — merupakan bahan yang orang zaman dahulu telah gunakan untuk berkurun lamanya pada bayi mereka. Ia membantu melembutkan kulit dan rambut bayi sambil membersih, meninggalkan haruman yang bersih dan segar. Epoch® Baby Hibiscus Hair & Body Wash juga telah diuji lebih baik dari semua produk bayi yang terunggul di pasaran sebagai formula yang tidak memedihkan mata.

      Adakah had umur bagi mereka yang menggunakan Epoch® Baby Hibiscus Hair & Body Wash?
      Tidak, Epoch® Baby Hibiscus Hair & Body Wash boleh digunakan oleh semua orang dari pelbagai peringkat umur, tetapi ia dirumuskan khas untuk bayi dan merupakan pencuci yang amat lembut.

      Adakah ia mencuci keseluruhan?
      Ya, ia direka untuk kegunaan kedua-dua badan dan rambut.
Divider