Tru Face® Line Corrector

Tru Face® Line Corrector 30ml

Mengandungi pro-kolagen peptida yang membantu melembutkan garis-garis halus dan kedutan.

Buy Now

Product Details

  • Tuntuan produk
    • Mengurangkan penampilan garis-garis sederhana dan mendalam.
    • Mengurangkan penampilan kedutan kulit di sekitar mulut dan dahi.
    • Melicinkan kedutan.
    • Mensasarkan tanda-tanda penuaan mekanikal.
    • Menunjukkan keberkesanan dalam masa 4 minggu sahaja. Ujian klinikal telah menunjukkan perubahan berterusan selama 6 bulan.
  • Bahan-bahan Utama
    • Palmitoyl pentapeptide-3 (pro-collagen peptide) –
      menghantar isyarat agresif kepada sel yang menghasilkan kolagen untuk membantu mengurangkan penampilan garis-garis sederhana dan mendalam.
    • Peptida merupakan cara sel-sel di dalam badan berkomunikasi antara satu sama lain.
    • Peptida adalah kecil dan mudah diserap ke dalam kulit.
    • Seperti kunci yang menghidupkan enjin kereta, peptida merupakan kunci kepada penghasilan kolagen.
    • Struktur kolagen menguatkan kulit, mengurangkan kesan penuaan dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda.
  • Penggunaan
      Tru Face® Line Corrector harus digunakan pada kedua-dua pagi dan malam selepas langkah membersih dan menyegar. Sapu secukupnya pada garis-garis sederhana dan mendalam di sekeliling mata, mulut dan dahi. Diikut dengan pelembap Nu Skin atau rawatan pilihan anda.
  • Ujian Klinikal
      Kajian klinikal selama 12 minggu ke atas penggunaan Tru Face® Line Corrector menunjukkan pembaikan sebanyak 91% dalam kedutan yang ketara pada peserta.
    • Pembaikan ini termasuk: 22 peratus pengurangan dalam kedut yang mendalam.
    • 20 peratus pengurangan dalam jumlah kedutan.
      Ujian klinikal juga menunjukkan penambahbaikan yang berterusan selama 6 bulan.
  • Testimoni-testimoni
      “Saya amat terkejut apabila memperlihatkan garis-garis di sekeliling mata dan pipi saya apabila berhadapan dengan cermin, namun selepas menggunakan Tru Face Line Corrector, rakan-rakan mengatakan bahawa saya kelihatan lebih muda. Saya cukup gembira apabila bersama dengan salah seorang daripada 10 cucu saya kerana sesetengah orang menganggap mereka adalah anak saya. Tru Face Line Corrector adalah cukup mengagumkan. Terima Kasih.
      –  DIANA GOLDSBERRY, 60 TAHUN
  • Demonstrasi
      Demonstrasi ini memberi pelajaran kepada pelanggan secara diada-adakan mengenai keberkesanan peptida prokolagen akibat daripada saiznya yang kecil. Pengguna akan mempelajari mengenai perbezaan saiz dan tindakan peptida prokolagen menentang molekul kolagen.
    • Dapatkan span dan tali kasut. Potong lubang yang sangat kecil (tidak dapat dilihat) pada span. Jelaskan bahawa span ini mewakili stratum corneum, dan tali kasut mewakili kolagen.
    • Bulatkan tali kasut tersebut pada tangan dan cuba tembusi (molekul kolagen) span tersebut – ia terlalu besar. Ini adalah kerana molekul kolagen diperbuat daripada pelbagai jenis protein.
    • Potong sedikit tali kasut tadi untuk mewakili peptida dan lalukannya menerusi lubang kecil dalam span. Ini boleh menembusi stratum corneum kerana peptida adalah asid amino yang kecil dan direka untuk menembusi bahagian sasaran.
  • Untuk Makluman Anda
      Kenali sikap yang menyebabkan kedutan dan gunakan produk anti penuaan seperti Nu Skin Tru Face Targeted Treatments untuk melawan tanda-tanda penuaan dan menggalakkan penampilan keremajaan. Berikut merupakan 10 sikap utama yang menyebabkan kedutan:
      1. Skrub dengan menggunakan air panas.
      2. Menambah atau mengurangkan berat badan dengan cepat.
      3. Menyedut dengan straw.
      4. Mengerut atau mengetap bibir.
      5. Minum terlalu banyak alkohol.
      6. Mengerut kening.
      7. Tidur mengiring atas bahagian perut.
      8. Mendedahkan kulit kepada sinar UV.
      9. Menjuling mata.
      10. Merokok.
  • Soalan & Jawapan
      Berapa lama sebelum saya dapat lihat keberkesanan Tru Face® Line Corrector?
      Ada di antara mereka yang akan melihat keberkesanannya dalam masa 4 minggu, bagaimanapun, ujian klinikal menunjukkan 91% pembaikan dalam masa 12 minggu.

      Bolehkah saya menggunakan Tru Face® Line Corrector dan Tru Face® Targeted Treatments lain pada masa yang sama?
      Ya, Tru Face® Line Corrector boleh digunakan bersama produk lain dalam siri Tru Face® Target Treatments. Sekiranya anda menggunakannya sekali, sapukan Tru Face® Line Corrector, diikuti dengan Tru Face® Revealing Gel.

      Adakah Tru Face® Line Corrector menegangkan kulit?
      Tidak, Tru Face® Line Corrector digunakan untuk menangani kedutan sederhana hingga mendalam yang berpunca daripada penuaan mekanikal.

      Berapa kerap patut saya gunakan Tru Face® Line Corrector?
      Untuk hasil yang terbaik, sapukan Tru Face® Line Corrector secara terus pada garis-garis dan kedutan semasa pagi dan malam.

      Bilakah saya harus menggunakan Tru Face® Line Corrector dalam regimen penjagaan kulit saya?
      Tru Face® Line Corrector harus digunakan selepas langkah membersih dan menyegar, tetapi sebelum anda melembapkan kulit.
Divider