Polishing Peel

Polishing Peel 50ml

Merupakan satu alternatif kepada rawatan mikrodermabrasi yang profesional. Ia memberikan penampilan kulit yang lebih halus dan sihat.

Buy Now

Product Details

  • Soalan Lazim

    Berapa lamakah harus saya tinggalkan Polishing Peel pada muka sebelum menanggalkannya?
    Biarkan ia pada muka selama satu atau dua minit – atau sehingga produk menjadi tegang (jangan biarkan produk tersebut kering sepenuhnya).

    Berapa banyak produk yang harus saya gunakan?
    Gunakan secukupnya untuk membentuk satu lapisan yang meliputi seluruh muka dan leher. Pastikan anda mengelakkan bahagian sekeliling mata yang sensitif.

    Berapa kerap harus saya menggunakan Polishing Peel?
    Untuk hasil yang terbaik, guna 3 kali pada minggu pertama dan 2 kali setiap minggu selepas itu untuk mengekalkan penampilan yang halus.

  • Tuntutan Produk
    • Membentuk lapisan lembut kulit baru yang memantulkan cahaya dengan lebih sekata bagi menyerlahkan penampilan keremajaan.
    • Memberikan hasil yang terbukti secara klinikal sepertimana rawatan profesional mikrodermabrasi.
    • Kaedah di rumah yang mudah, selamat dan murah.
    • Melembut dan menghaluskan kulit untuk keserian yang lebih segar dan sihat.
  • Bahan–bahan Utama
    •  Enzim Labu – berfungsi serta-merta untuk membentuk lapisan baru kulit yang lembut dengan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak.
    • Tanah Liat Bentonite – tanah liat semula jadi yang diekstrak daripada abu gunung berapi; berfungsi sebagai magnet untuk membuangkan sel kulit malap dan toksin.
Divider