NaPCA Moisture Mist

NaPCA Moisture Mist 250ml

Memberi kelembapan kepada wajah dan rambut hanya dengan satu semburan.

Buy Now

Product Details

  • Tuntutan Produk
    • Meningkatkan kebolehan menyerap kelembapan kulit.
    • Meningkatkan tahap kelembapan, menyebabkan kulit berasa lembut dan licin, manakala rambut merasa licin bak sutera.
    • Melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh angin, udara tercemar dan keadaan persekitaran lain.
    • Boleh digunakan untuk menetapkan solekan.
    • Bebas haruman.
    • Keselamatan dan alahan teruji oleh ahli dermatologi.
  • Bahan-bahan Utama
    • Sodium PCA – mengunci air pada permukaan kulit untuk mengekalkan tahap kelembapan optima.
    • Asid Hyaluronic—mengunci kelembapan pada kulit dan rambut anda.
  • Penggunaan
      Sembur secukupnya pada muka, rambut dan badan apabila anda memerlukan pelembap tambahan.
  • Demonstrasi
    •  Demonstrasi cermin—sembur NaPCA Moisture Mist dan air ke atas dua cermin tangan berbeza atau ke atas bahagian berbeza pada cermin yang sama. Tunggu lebih kurang 15 minit. Anda akan perasan bahawa air telahpun tersejat tetapi NaPCA Moisture Mist masih kelihatan di cermin tersebut. Demonstrasi visual ini menunjukkan bagaimana pelembap seperti NaPCA, asid Hyaluronic dan lain mengekalkan air di dalam formula dan menghalangnya daripada tersejat. Dengan cara yang sama, pelembap ini memgekalkan air yang wujud di dalam formula dan menyerapkannya kepada kulit supaya air tidak akan kering dan menyejat ke udara.
    • Demonstrasi Apricot – isikan sebuah balang kecil dengan NaPCA Moisture Mist dan masuk apricot kering ke dalamnya. Tutup balang tersebut. Isi sebuah lagi balang dengan minyak mineral (kandungan yang didapati di dalam kebanyakan pelembap) dan masukkan apricot kering ke dalamnya. Tutup balang tersebut. Selepas beberapa jam, anda akan mendapati bahawa NaPCA Moisture Mist telah mengemukkan apricot kering, manakala minyak mineral tidak. Demonstrasi ini boleh disimpan untuk beberapa minggu mahupun bulan, dan apricot NaPCA Moisture Mist akan gemuk dan apricot di dalam minyak mineral masih akan kering. Ini menunjukkan bahawa  NaPCA dan pelembapan lain mengunci dan menyerapkan kelembapan pada kulit.
  • Untuk Makluman Anda
    • Pelembap NaPCA merupakan komponen kulit yang dipercayai juga bertanggungjawab untuk membolehkan kulit mengunci lembapan. NaPCA boleh menyerap kandungan air yang banyak; tidak toksik, tidak mempunyai warna atau bau; dan lembut pada kulit seperti air.
    • Walaupun NaPCA didapati dengan banyak pada kulit manusia, kesejukan, angin dan kepanasan sentiasa mengeringkan kulit dan menjadikannya kasar dan mengelupas. Dengan menggunakan produk seperti NaPCA, anda boleh menghilangkan kesan negatif persekitaran sebegini. NaPCA berfungsi dengan mengunci air yang sedia ada pada kulit dan menyerap lembapan dari atmosfera kepada kulit.
    • NaPCA Moistur Mist amat sesuai digunakan apabila anda keluar menaiki bot atau bermain di tepi pantai mahupun kolam. Rasa segar sentiasa apabila anda melakukan perjalanan menerusi kereta atau kapal terbang; dan kembalikan rasa dingin dengan menyimpannya di dalam peti sejuk.
  • Soalan &Jawapan
      Apakah NaPCA?
      NaPCA merupakan asid sodium pyrrolidone carboxylic dan ia mengandungi pelembap yang amat berkesan untuk menyerap kelembapan pada kulit.

      Dari manakah NaPCA didapati?
      NaPCA diektrak daripada kacang soya yang ditapai.

      Apakah jenis kulit yang sesuai menggunakan NaPA Moisture Mist?
      NaPCA Moisture Mist menberikan hidrasi lembut kepada induvidu yang mempunyai kulit yang sangat berminyak dan jenis kulit yang memerlukan pelembap tambahan.

      Adakah NaPCA Moisture Mist sesuai disimpan di dalam peti sejuk?
      Ya, NaPCA Moisture Mist boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk menikmati rasa segar dan sejuk bila-bila masa.
Divider