Tri-Phasic White® System

SISTEM TRI-PHASIC WHITE®

Nu Skin Tri-Phasic White® meningkatkan proses pencerahan kulit secara sistematik. Kaedah saintifik ini berfungsi untuk mengurangkan pengaktifan, sintesis dan ekspresi perubahan warna pada permukaan kulit. Terbukti secara klinikal, teknologi ramuan utama yang terkandung dalam setiap produk bergabung untuk mencipta sistem pencerahan kulit yang paling lengkap.

Buy Now

Product Details

  • Klinikal

    Kajian klinikal Nu Skin Tri-Phasic White® Sistem menunjukkan bahawa 100% peserta mengalami pembaikan secara keseluruhan selepas 12 minggu*.  Beberapa pembaikan telah diperhatikan oleh penggred profesional:

    • 39% pembaikan dalam keserian kulit.
    • 41% pembaikan dalam kesamaan warna kulit.
    • 28% pembaikan secara keseluruhan.

    *Pembaikan belum mencecah paras tertinggi pada minggu ke-12. Sekiranya penggunaan secara berterusan, peserta akan melihat manfaat masih meningkat.

  • Tuntutan Produk
      Kaedah saintifik Nu Skin Tri-Phasic White® System ini menangani semua proses perubahan warna kulit dalam tiga fasa.

       

       

    • Mengurangkan pengaktifan perubahan warna kulit
    • Menghalang sintesis perubahan warna kulit
    • Mengurangkan kesan perubahan warna yang dapat dilihat pada permukaan kulit
    • Kaedah saintifik Nu Skin Tri-Phasic White® memberikan manfaat yang berikut kepada kulit: Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam yang sedia ada, warna kulit tidak sekata dan perubahan warna bagi memperoleh kulit yang terserlah
    • Membantu mencegah pembentukan bintik-bintik hitam yang baru dan perubahan warna pada kulit bagi menyerlah kulit yang bersih
    • Mengekalkan tona kulit yang cerah dan sekata untuk kecantikan terserlah
  • Untuk Makluman Anda
      Perubahan warna dan penggelapan kulit secara keseluruhannya adalah hasil pigmen gelap pada permukaan kulit disebabkan oleh proses tiga fasa:

    • Pengaktifan melanosit - melanin menghasilkan sel-sel
    • Sintesis melanin dalam melanosit
    • Ekspresi melanin pada permukaan kulit
  • Soalan Lazim
      Perlukah saya menggunakan semua produk dalam Nu Skin Tri-Phasic White® System?
      Oleh sebab setiap produk individu membantu melawan satu atau lebih aspek dalam perubahan warna kulit, hanya sistem lengkap yang mensasarkan semua tiga fasa dalam proses perubahan warna kulit – pengaktifan, sintesis dan ekspresi. Atas sebab ini, kami mengesyorkan anda untuk menggunakan seluruh sistem ini untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Namun, sekiranya perubahan warna hanya berlaku pada bahagian yang kecil, kami mencadangkan anda bermula dengan Tri-Phasic White® Essence sebagai rawatan sasaran.

      Berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk melihat hasilnya?
      Hasil keputusan adalah berbeza daripada individu ke individu, tetapi ujian klinikal menunjukkan bahawa sedikit pembaikan dapat dilihat selepas empat minggu penggunaan dengan manfaat tambahan selepas 12 minggu.

      Bagaimanakah Nu Skin Tri-Phasic White® System dibezakan dengan sistem pemutihan yang lain?
      Nu Skin Tri-Phasic White® adalah satu-satunya sistem pencerahan kulit yang menggunakan kaedah yang komprehensif. Dengan mensasarkan pelbagai laluan pigmentasi sepanjang ketiga-tiga fasa dalam proses perubahan warna kulit, Nu Skin Tri-Phasic White® System berfungsi untuk meminimumkan pengaktifan, sintesis, dan ekspresi melanin bagi memberikan manfaat pencerahan kulit yang lebih lengkap.
Divider