pH Balance Mattefying Toner (Kombinasi/Berminyak)

pH Balance Mattefying Toner (Kulit Kombinasi/Berminyak) 150ml

Formula bebas-alkohol dengan ektrak strawberi dan serbuk mineral yang dapat mengurangkan kilatan dan penampilan pori-pori pada wajah.

Buy Now

Product Details

  • Tuntutan produk
    • Melawan radikal bebas untuk penampilan lembut dan berseri.
    • Mengurangkan saiz liang roma untuk penampilan yang halus dan segar.
    • Rumusan dwi-fasa ini mengurangkan kilauan serta-merta dan membantu mengawal minyak.
    • Mengembalikan pH kulit yang ideal.
    • Keselamatan dan alahan teruji oleh ahli dermatologi.
  • Bahan-bahan Utama
    • Polyphenol yang kaya dengan ekstrak strawberi—membantu menghaluskan kulit.
    • Silika dan boron nitride serbuk mineral—mengurangkan kekilauan dengan berkesan.
    • Ekstrak buah-buahan Fennel (Foeniculum vulgare)—membantu membersih dan mengimbangkan minyak pada kulit.
    • St. John’s Wort (Hypericum perforatum)—menyegarkan kulit.
  • Penggunaan
    Gunakan pada waktu pagi dan malam selepas pembersihan muka. Sapukan pada keseluruhan muka dan leher dengan pad kain kapas. Gunakan pada waktu pagi, selepas Celltrex Ultra, Moisture Restore Day Protective Lotion Combination to Oily, dan pada waktu malam selepas Night Supply Nourishing Lotion.
  • Untuk makluman Anda
    Sekumpulan penyelidik baru-baru ini membangunkan cara baru untuk melaporkan kapasiti antioksidan buah-buahan dan sayur-sayuran, dikenali sebagai kapasiti serapan radikal oksigen (ORAC). Dengan ORAC yang ketara, buah beri mempunyai tahap antioksidan yang paling tinggi antara buah-buahan segar, menjadikan ia satu makanan paling kuat yang tersedia untuk melawan radikal bebas
  • Soalan & Jawapan
    Apakah perbezaan antara pH Balance Mattefying Toner dan penyegar-penyegar lain?
    pH Balance Mattefying Toner            diperkayakan dengan Nutricentials - nutrien penting daripada sumber makanan yang dihantar terus kepada kulit dalam bentuk yang paling tulen dan pekat; ekstrak strawberi membantu memperhaluskan kulit anda dengan perlindungan antioksidan; serbuk mineral penyerap minyak dalam penyegar yang lembut dan bebas alkohol ini mengawal minyak dan kekilauan.

    Adakah pH Balance Mattefying Toner bebas alkohol?
    Ya, pH Balance Mattefying Toner adalah bebas daripada alkohol keras yang mengeringkan (ethanol). Ia menggunakan bahan-bahan lain seperti intipati strawberi dan witch hazel untuk menyegar dan menghaluskan kulit.

    Apakah faedah untuk mengembalikan semula pH kulit' yang sesuai?
    Kulit sihat yang normal hanya mengekalkan sedikit pH berasid (antara 4.5–5.5). Membaik pulihkan pH kulit ' yang ideal mengurangkan tekanan dan meningkatkan keupayaan kulit untuk menerima khasiat daripada pelembap dan produk-produk rawatan.

    Apakah faedah menggunakan Penyegar?
    Penyegar-penyegar Nu Skin mempunyai beberapa faedah yang penting, seperti mengurangkan penampilan liang roma dan mengembalikan pH yang optima supaya kulit dapat menerima khasiat daripada produk-produk yang lain. pH Balance Mattefying Toner menawarkan faedah yang unik daripada ekstrak strawberi bagi memperhaluskan kulit sementara serbuk mineral penyerap minyak mengawal minyak dan kekilauan.

    Apakah polyphenol?
    Polyphenols adalah antioksidan fotokimia yang ditemui secara semula jadi dalam beri-beri, buah-buahan, herba dan sayur-sayuran. Mereka menambah perisa, warna dan membantu melindungi tumbuh-tumbuhan daripada penceroboh alam sekitar.

    Apakah yang menyebabkan pH Balance Mattefying Toner berwarna biru?
    Copper PCA, humektan berwarna biru secara semulajadi (Nu Skin tidak menggunakan warna FD&C, berfungsi dengan baik dalam jenis kulit kombinasi hingga berminyak.

    Apakah itu dwi-fasa ampaian?
    Dwi-fasa ampaian merujuk kepada kombinasi kedua-dua keadaan yang berbeza secara bersama-sama, seperti cecair dan serbuk. Dalam pH Balance Mattefying Toner, teknologi dwi fasa tersebut mengampai serbuk mineral penyerap minyak untuk memberi kemasan malap serta-merta dan mengawal kekilauan.
Divider