Pure Cleansing Gel            

Pure Cleansing Gel 150ml

Formula berbuih dan bebas-sabun, membersih secara mendalam dan menyingkirkan cela. Kaya dengan nutrien seperti papain, sejenis enzim betik.

Buy Now

Product Details

  • Tuntutan Produk
    • Bahan papain dalam Nutricentials menanggalkan minyak dan sel kulit mati yang terbentuk dengan membersihkan liang roma dan memberikan tenaga kepada kulit secara berkesan.
    • Gel sabun tanpa buih menanggalkan kotoran, minyak dan solekan tanpa menyingkirkan lembapan penting dalam kulit.
    • Membantu mengawal tahap sebum untuk mengurangkan kilauan pada muka sepanjang hari.
    • Keselamatan dan alahan teruji oleh ahli dermatologi.
  • Bahan-bahan Utama
    • Papain—enzim proteolisis ini melarutkan puing yang menyekat liang roma untuk membantu membersih dan memberikan tenaga kepada kulit.
    • Ekstrak limau, geranium dan Adas—membantu membersih dan mengimbangkan minyak dalam kulit.
  • Penggunaan
      Guna pada waktu pagi dan malam. Membentuk buih lembut pada muka dan leher yang lembap, kemudian bilas sehingga bersih. Diikuti dengan pH Balance Mattefying Toner.
  • Testimoni-testimoni
      “Saya telah menggunakan Pure Cleansing Gel, pH Balance Mattefying Toner, Moisture Restore Lotion combo to oily dan Night Supply Nourishing Lotion—saya boleh katakan dengan iklas bahawa muka saya tidak pernah rasa begitu hebat sebelum ini. Saya mempunyai lebih keyakinan diri berbanding dengan sebelumnya di sepanjang hidup saya. Nu Skin adalah sebuah syarikat yang hebat. Saya mula mencuba produk anda apabila membaca satu artikel mengenai anda. Saya berasa kagum terhadap sumbangan amal yang anda telah lakukan secara berterusan. Saya berasa ingin mencuba produk yang dicipta oleh syarikat itu. Saya' berasa gembira yang saya telah lakukannya. Terima kasih kerana menyediakan produk yang begitu hebat. Saya akan terus memberitahu rakan-rakan dan keluarga saya tentang Nu Skin.”
      —HILARY CHENEY, USA
  • Demonstrasi
      MEMBERI AJARAN
    • Kulit yang sihat biasanya mengekalkan pH yang sedikit berasid antara 4.5–5.75. Kebanyakan standard sabun berjenama adalah bersifat alkali atau bermakna julat pH mereka adalah antara 8.5–10.0. Mengganggu keseimbangan pH dalam kulit boleh menyebabkan halangan kelembapan perlindungan kepada kerosakan, melemahkan kulit.
    • Nu Skin hanya menggunakan pembersih bebas sabun yang membersihkan kulit dengan lembut dengan surfaktan yang ringan. Kami dengan berhati-hati merumuskan pembersih kami dengan pH di antara 6-7.4, membantu mengawal tahap kelembapan semula jadi kulit.
    • DEMONSTRASI
    • Untuk menunjukkan julat pH pembersih kami yang sihat, rendamkan sekeping kertas litmus yang akan bertukar warna dengan kehadiran pH yang berbeza ke dalam pembersih dan semak bacaan dengan membandingkan kod warna pada skala litmus. pH paling ideal untuk pembersih adalah di antara 6.0–8.0.
    • Jelaskan kepada pelanggan anda bahawa dengan penambahan papain yang memberikan manfaat pembersihan liang roma dalam Pure Cleansing Gel, kulit mereka akan terasa bersih, lembut dan selesa kerana pembersih kami tidak menyingkirkan halangan lembapan yang diperlukan oleh kulit.
  • Untuk Makluman Anda
      Sabun beralkali mengakibatkan kekeringan dan kerosakan pada kulit dengan memecahkan kulit anda, atau mengubah struktur komponennya. Sabun beralkali mempunyai struktur kimia reaktif yang memecahkan pemegang ikatan asid lemak dan molekul protein bersama. Asid lemak dan molekul protein ini membentuk membran sel dan struktur yang melindungi dan mengekalkan integriti kulit. Oleh sebab struktur permukaan ternyahasli, kulit pada asasnya “memecah.”
  • Soalan & Jawapan
      Adakah Pure Cleansing Gel sesuai untuk jenis kulit kombinasi atau  berminyak?
      Ya, Pure Cleansing Gel dirumus secara khusus untuk menangani keperluan jenis kulit kombinasi hingga berminyak.

      Bagaimana Pure Cleansing Gel dibezakan dengan pembersih muka lain bagi jenis kulit kombinasi hingga berminyak?
      Pure Cleansing Gel diperkayakan dengan Nutricentials™—nutrien penting daripada sumber makanan yang dihantar terus kepada kulit dalam bentuk yang paling tulen dan pekat. Pure Cleansing Gel mengandungi papain, sejenis enzim daripada betik yang membantu untuk melarutkan minyak dan puing yang menyekat liang roma, memberikan anda kulit yang bersih dan segar.

      Adakah Pure Cleansing Gel membantu menguruskan pengeluaran minyak dalam kulit?
      Pure Cleansing Gel membantu mengimbangkan minyak dalam kulit anda dengan ekstrak limau, geranium dan adas melalui cara menyingkirkan minyak berlebihan dan puing secara berkesan.

      Berapa kerap saya harus menggunakan Pure Cleansing Gel?
      Ia adalah terbaik untuk membersihkan muka anda pada waktu pagi dan sebelum tidur untuk mengekalkan kulit anda bebas daripada puing yang menyekat liang roma. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan Pure Cleansing Gel, jika diperlukan sepanjang hari.
Divider