Celltrex® Ultra Recovery Fluid

Celltrex® Ultra Recovery Fluid 15ml

Mengandungi minyak zaitun dara tambahan dengan tahap tinggi dan Hidrositirosol yang dipatenkan daripada sejenis antioksidan yang kuat untuk melindungi kulit daripada proses penuaan.

Buy Now

Product Details

  • Tuntutan Produk
    • Membekalkan pelindungan antioksidan harian yang mujarab untuk mengatasi tekanan oksidatif.
    • Menggalakkan kulit yang sihat dengan bahan-bahan yang memberi khasiat kepada tisu.
    • Melindungi tahap selular untuk menjaga kulit supaya kelihatan lembut, tegang, dan sihat.
    • Serum yang ringan cepat diserap ke dalam kulit.
    • Keselamatan dan alahan teruji oleh ahli dermatologi.
  • Bahan-bahan Utama
    • Hydroxytyrosol—ramuan Nutricentials ini berasal daripada minyak zaitun Mediterranean dan ia merupakan antioksidan pemakanan yang dikenali untuk melindungi kesihatan organ.  
    • Oleic acid—juga berasal daripada minyak zaitun, oleic acid menyokong komponen membran sel.
    • Glycerin—dengan sifat pengikatan air yang unggul, humektan ini menarik dan memegang kelembapan ke dalam kulit.
    • Ekstrak chamomile, lavender, dan oren—menyediakan wangian herba yang ringan.
  • Penggunaan

    Gunakan pada pagi dan malam. Selepas langkah membersih and menyegar, lepaskan beberapa titik di hujung jari dan meratakannya secara perlahan-lahan di seluruh muka dan leher. Diikuti dengan rawatan dan pelembap Nu Skin terbaik yang memenuhi keperluan penjagaan kulit anda.

  • Testimoni-testimoni

    “Suami saya dan saya bersumpah bahawa Celltrex Ultra adalah produk yang paling menarik! Kami tidak suka sehari tanpa ia. Saya juga mempunyai banyak pelanggan yang mengatakan bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa Celltrex.”
    —BARBARA BOSTON, VIRGINIA

  • Soalan & Jawapan

    Di manakah Celltrex® Ultra Recovery Fluid dapat disesuaikan dalam rutin penjagaan kulit saya?
    Celltrex® Ultra Recovery Fluid dimasukkan dalam langkah "memberi khasiat" dan harus digunakan selepas penyegar dan sebelum pelembap. Celltrex® Ultra Recovery Fluid harus digunakan selepas produk rawatan dan sebelum pelembap.
    Apakah hydroxytyrosol?
    Hydroxytyrosol adalah ekstrak daripada minyak zaitun Mediterranean yang mengandungi tahap polyphenol yang pekat untuk memberi pelindungan antioksidan yang kuat.

  • Untuk Makluman Anda

    Ahli dermatologi memahami bahawa pengoksidaan selular (kadang-kala dirujuk sebagai metabolisme sel) adalah punca penuaan kulit. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa nutrien, terutamanya hydroxytyrosol, yang ditemui dalam minyak zaitun boleh melegakan tekanan oksidatif ke atas sel-sel dengan berkesan. Untuk mendemostrasikan keupayaan Celltrex® Ultra Recovery Fluid untuk meminimumkan pengoksidaan, potong kentang yang berwarna kekuningan* kepada separuh dan menyebarkan Celltrex® Ultra Recovery Fluid ke dalam salah satu kentang separuh tersebut. Jangan sapu apa-apa produk kepada separuh kentang yang lain. Letakkan dua bahagian sebelah-menyebelah dan memeriksa kedua-dua bahagian kentang selepas lima belas minit. Anda akan memerhatikan bahawa separuh kentang dengan Celltrex® Ultra Recovery Fluid masih kelihatan segar, manakala separuh yang tidak dirawat telah mula menjadi perang. Semakin lama anda menunggu, semakin dramatik perbezaan di antara kedua-dua bahagian.
    *Satu kentang yang berwarna kekuningan akan memberikan keputusan secara visual yang paling menarik. Mengapa demonstrasi ini berkesan: Sebab separuh kentang yang tidak dirawati itu terdedah kepada udara, dan memulakan proses pengoksidaan. Kuasa antioksidan yang kuat, hydroxytyrosol, sebenarnya melindungi separuh kentang yang lain daripada pengoksidaan, mengekalkannya daripada berubah ke warna perang. Kulit anda teroksida dalam cara yang sama apabila bertindak balas dengan radikal bebas—menyebabkan banyak tanda-tanda biasa yang berkaitan dengan penuaan. Celltrex® Ultra Recovery Fluid, dengan hydroxytyrosol yang dipatenkan boleh melindungi kulit daripada penuaan yang berpunca daripada kerosakan radikal bebas.

Divider