Nu Skin Clear Action® Foaming Cleanser

Nu Skin Clear Action® Foaming Cleanser 100ml

Menampilkan asid salisilik yang membersihkan liang roma dan mengatasi masalah jerawat, menjadikan kulit anda segar dan bersih tanpa rasa tegang atau kering.

Buy Now

Product Details

  • Tuntutan produk
      Produk ini memulihkan cacat cela kulit yang sedia ada dengan cara berikut:
    • Mengandungi asid salisilik – asid beta hidroksi yang masuk jauh ke dalam liang roma untuk membersihkan kotoran.
    • Produk ini mengelakkan cacat cela serta jerawat kembali dengan cara berikut:
    • Memastikan kulit sentiasa bersih supaya minyak tidak terkumpul dan menyebabkan jerawat baharu.
  • Bahan-bahan utama
    • Asid Salisilik—asid beta hidroksi yang masuk jauh ke dalam liang roma membersihkan kebanyakan jerawat yang sedia ada.
  • Penggunaan
      Pada waktu pagi dan malam, picit sedikit pencuci (saiz sekeping duit siling sederhana) pada tapak tangan anda. Sapukan pada kulit muka dan leher kering dalam gerakan membulat yang rata. Biarkan buih berfungsi selama tiga minit sehingga buih tersebut bertukar jernih. Bilas dengan air suam dan lap dengan tuala yang kering.
  • Demonstrasi
    • Nu Skin Clear Action® Foaming Cleanser merupakan produk yang paling mudah untuk didemonstrasi dalam sistem ini kerana pelanggan boleh melihat keberkesanan pencuci tersebut dengan serta-merta.
    • Letakkan sedikit pencuci di bahagian belakang tapak tangan pelanggan. Minta pelanggan sapu dan ratakan pencuci di belakang tangan mereka. Biar mereka merasai kesan berbuih sambil menyaksikan sendiri pencuci tersebut berubah menjadi jernih. Lap tangan mereka dengan kain lembap dan jelaskan pada mereka bahawa kulit mereka tidak menjadi tegang atau bertompok, malah kelihatan lebih bersih.
  • Soalan & Jawapan

    Apakah tujuan kita meratakan Nu Skin Clear Action® Foaming Cleanser pada kulit muka yang kering dengan tangan yang kering? Apakah akibatnya sekiranya saya menggunakannya pada muka yang basah menerusi tangan yang basah?
    Nu Skin Clear Action® Foaming Cleanser merupakan produk yang merangsangkan kulit anda dan keberkesanan buihnya akan kurang dirasai dengan tambahan kelembapan. Penggunaannya dengan tangan yang kering pada kulit muka yang kering membantu untuk menambahkan keberkesanan buihnya. Sekiranya anda bercadang untuk menggunakannya pada muka dan tangan yang basah, keberkesanan produk kekal sama namun anda tidak akan merasai rangsangannya terhadap kulit anda.

    Apakah sebab utama buih digunakan sebagai pencuci?
    Nu Skin Clear Action® Foaming Cleanser merupakan buih lembut yang anda akan rasai kesan menggelembung apabila anda membersihkan muka anda. Kesan berbuih pencuci ini membantu untuk menyebarkan kandungan yang melawan pertumbuhan jerawat jauh ke dalam liang roma dan membersihkan minyak dan kotoran yang menyebabkan jerawat.

Divider