Kerjasama Sedunia

Pelanggan baru? Daftar hari ini!

Kerjasama Sedunia

Selama bertahun-tahun, Nu Skin telah bekerjasama dengan institusi saintifik di seluruh dunia untuk menyelidik dan membangunkan produk dan teknologi yang paling canggih.

 

Baru-baru ini, Nu Skin telah mengadakan hubungan kerjasama dengan dua penyelidikan utama, Universiti Stanford dan LifeGen Technologies. Para saintis di Stanford telah memberi tumpuan kepada profil ekspresi gen ketika pembangunan dan penuaan manusia, dan juga menjelajahi modus novel kawalan gen dalam penuaan kulit.

 

Selain itu, Nu Skin adalah satu-satunya syarikat jualan langsung yang bekerjasama dengan LifeGen Technologies, sebuah syarikat yang disokong oleh kepakaran lebih 30 tahun dalam cara melanjutkan usia, di mana pengasasnya telah menerbitkan lebih daripada 200 kertas kerja saintifik. Kerjasama eksklusif kami dengan LifeGen Technologies memberikan Nu Skin akses kepada penyelidikan asas penuaan genetik yang lebih daripada 30 tahun. Kajian perintis LifeGen digabungkan dengan penyelidikan berterusan di Nu Skin membolehkan kami menggunakan pengetahuan ini untuk membangunkan produk-produk inovatif dan eksklusif di masa depan.

 

Perkongsian dengan LifeGen:

 

Nu Skin telah memeterai perjanjian penyelidikan, lesen dan pembangunan dengan LifeGen Technologies untuk bekerjasama dalam penyelidikan anti-penuaan yang menyokong strategi produk syarikat dalam mensasarkan punca-punca penuaan. Lebih khusus lagi, hubungan kerjasama dengan LifeGen telah mengukuhkan sokongan saintifik Nu Skin dengan kelebihan eksklusif untuk mengenal pasti kelompok gen keremajaan secara berterusan dan membangunkan kaedah proprietari tambahan untuk menala semula aktiviti gen kepada corak lebih keremajaan .   

 


Perkongsian dengan Stanford:

 

Nu Skin telah bekerjasama dengan Universiti Stanford sejak tahun 1999 dan perjanjian terbaru kami adalah lanjutan kerjasama bertahun-tahun yang berterusan. Nu Skin dan Universiti Stanford akan bekerjasama dalam penyelidikan anti-penuaan, biologi pembangunan dan dermatologi bagi menyokong strategi anti-penuaan syarikat unik yang mensasarkan punca-punca penuaan. Lebih khusus lagi, hubungan kerjasama dengan Stanford memberikan peluang kepada para saintis Nu Skin untuk bekerjasama dengan saintis-saintis terkemuka dan bertauliah dalam penyelidikan asas dan gunaan berkenaan dengan pandangan inovatif tentang kenapa dan bagaimana kulit berusia, menterjemahkan pandangan ini daripada sains asas kepada aplikasi manusia dan menyediakan peluang tambahan untuk menerbit dan membentangkan kertas kerja saintifik.

 

Sertai Nu Skin SERTAI NU SKIN SEBAGAI BRAND AFFILIATE