Pendekatan Sejarah Anti-penuaan

Pelanggan baru? Daftar hari ini!

Pendekatan Sejarah Anti-penuaan

1984— Penggunaan humektan semulajadi (asid hyaluranic dan Natrium PCA) dan bukannya Minyak Mineral


Nu Skin adalah salah satu syarikat pertama yang memperkenalkan barisan produk yang menampilkan humektan semulajadi (asid hyaluranic dan Natrium PCA) untuk mengekalkan penghidratan dan ketembaman kulit anda, tanpa menggunakan bahan-bahan inferior dan berbahaya, seperti minyak mineral, yang boleh menyumbatkan liang roma anda.


1996—Sains Pharmanex Sains & Proses Kualiti 6S


Dengan lebih daripada 100 saintis berdedikasi dan berkhidmat sebagai kakitangan, serta penggabungan dengan 32 institusi saintifik di seluruh dunia, enjin R&D Pharmanex menghasilkan produk-produk yang membolehkan kita untuk menetapkan standard anti-penuaan yang baru dalam industri untuk diikuti. Pharmanex mencipta Proses Kualiti 6S untuk memastikan bahawa setiap produk yang dihasilkan memenuhi standard kualiti tertinggi pada setiap peringkat pembangunan produk. Keenam-enam proses ini termasuk pemilihan, pencarian, struktur, piawaian, keselamatan, dan pembuktian.


1998—Nu Skin memperoleh Pharmanex


Mengenali peluang yang besar dalam mewujudkan pendekatan menyeluruh bagi pasaran anti-penuaan, Nu Skin memperoleh Pharmanex, dan dalam proses untuk menambahkan banyak tambahan pemakanan yang inovatif ke dalam portfolio produknya.



1999—AHA’s


Nu Skin 180 System adalah produk jenis ini yang pertama diperkenalkan pada tahun 1999. Dengan mempercepatkan proses pengelupasan semula jadi melalui penggunaan asid hidroksi alfa, sistem ini adalah titik balik untuk kulit lebih muda anda dalam masa 7 hari.                



1999—Pharmanex melancarkan tiga produk inovatif yang baru      


Dengan menggunakan pendekatan farmaseutikal yang unik di dalam penjagaan kesihatan semulajadi, Pharmanex melancarkan tiga produk inovatif pada tahun 1999.


  • Tegreen 97: Salah satu produk antioksidan yang paling kuat di pasaran, Tegreen 97 memberikan perlindungan sel dan menyokong kesihatan kulit dengan memperbaiki kesan kerosakan kulit akibat sinaran matahari dan melawan kedutan halus.
  • CordyMax Cs-4: Terbukti berkesan secara klinikal dalam mengembalikan tenaga dan melanjutkan usia, CordyMax mengandungi kandungan bahan aktif cendawan Cordyceps yang paling tinggi.
  • BioGinkgo 27/7: Mengandungi kekuatan tambahan ekstrak daun gingko biloba yang boleh merangsangkan kesihatan memori dan daya tumpuan



2001—Peptida


Walaupun peptida masih belum dikenali buat masa ini, Nu Skin adalah salah satu syarikat pertama yang membawa teknologi peptida ke pasaran melalui Tru Face Line Corrector yang   menampilkan ciri-ciri pro-kolagen peptida. Pengedar adalah di antara golongan pertama yang mula melatih pengguna mengenai peptida dan kesan tindakan penting yang boleh diperoleh pada kulit. Khususnya, pro-kolagen peptida dirumuskan khas untuk menghantar isyarat pengembalian keremajaan kepada sel-sel penghasilan kolagen bagi mempertingkatkan keremajaan kulit.



2001—Karotenoid Tidak Berwarna


Nu Skin adalah salah satu syarikat pertama yang memperkenalkan aplikasi topikal bagi kumpulan antioksidan yang kuat, karotenoid dalam bentuk tidak berwarna dengan memperkenalkan produk Moisture Restore Day Protective Lotion. Sehingga hari ini, aplikasi topikal adalah berwarna oren cerah dan sukar untuk digunakan oleh pengguna.



2003—The Pharmanex Bio-Photonic Scanner dan LifePak


Gabungan produk-produk ini telah terbukti sebagai teknologi yang disruptif.            Nu Skin adalah syarikat pertama dan satu-satunya syarikat yang menawarkan cara eksklusif kepada pengguna untuk mengukur betapa hebatnya makanan tambahan yang diambil berfungsi. Ini telah mengubah cara pengguna melihat kesihatan dan kualiti hidup mereka.     


"Apabila Pharmanex mula-mula melancarkan LifePak, ia adalah produk pelbagai vitamin dan anti-penuaan mikronutrien pertama yang paling komprehensif. Dengan Bio-photonic Scanner, kita merupakan syarikat pertama yang berupaya untuk mengukur antioksidan dalam badan buat masa itu pada tahun 2003. Bukan sahaja dalam tiub ujian, tetapi di dalam badan, dan kemudian dapat menunjukkan kepada pelanggan kami bahawa selepas mengambil LifePak, mereka mempunyai perlindungan antioksidan yang lebih baik secara keseluruhan." 


- Joe Chang, Ketua Pegawai Saintifik


2004—Ethocyn


Ramuan utama dalam Tru Face Essence dan kemudian dalam Tru Face Essence Ultra, Ethocyn adalah ramuan pertama dan satu-satunya ramuan yang terbukti secara klinikal untuk benar-benar meningkatkan tahap fiber elastin dalam kulit anda ke tahap yang biasanya ditemui dalam umur 18-25 tahun. Produk ini memberikan kesan ketegangan yang signifikan kepada penampilan kulit.



2005—LifePak Nano


Dengan menggunakan proses nanoteknologi yang proprietari dan pertama di pasaran, LifePak Nano menawarkan nutrisi anti-penuaan lengkap dan seimbang  yang sangat mudah diserap oleh badan.                                 LifePak Nano adalah salah satu jenis makanan tambahan anti-penuaan yang paling maju secara saintifik di pasaran.



2007— Galvanic Spa di Rumah


Pada asalnya dilancarkan pada tahun 2001, Nu Skin Galvanic Spa yang telah dipatenkan ini adalah produk pertama yang memberikan keselesaan spa yang tiada tandingannya di rumah anda. Pada tahun 2007, spa menjadi teknologi yang benar-benar disruptif apabila ia mula diperkenalkan kepada orang ramai dalam kit baru yang disertai oleh "Demo Galvanic", satu aktiviti yang memperkenalkan spa kepada pengguna dengan hanya menggunakannya pada separuh muka mereka. Hasilnya? Satu demonstrasi luar biasa tentang bagaimana untuk mengembalikan keremajaan penampilan anda terbukti hanya selepas rawatan 5-minit.



Sertai Nu Skin SERTAI NU SKIN SEBAGAI BRAND AFFILIATE