Nu Skin Memenangi Dua Anugerah Telly Berprestij

Nu Skin Memenangi Dua Anugerah Telly Berprestij

Telly Award

Nu Skin menerima kehormat tertinggi meraih dua Anugerah Silver Telly 2010 untuk video jualan online syarikat yang menampilkan sains ageLOC Nu Skin dan peluang perniagaan anti-penuaan.

 

Dengan lebih daripada 13,000 penyertaan global diterima tahun ini, Anugerah Telly Tahunan ke-31 bertujuan untuk menganugerahi produksi video dan filem terbaik.     

 

"Kami amat bangga untuk menerima anugerah Silver Telly, bukan satu tetapi dua anugerah dalam produksi video yang menampilkan produk anti-penuaan yang menambat minat dan peluang perniagaan yang ditawarkan oleh Nu Skin dengan pendekatan ageLOC yang unik terhadap anti-penuaan," kata Truman Hunt. "Kami amat bangga untuk menerima anugerah Silver Telly, bukan satu tetapi dua anugerah dalam produksi video yang menampilkan produk anti-penuaan yang menambat minat dan peluang perniagaan yang ditawarkan oleh Nu Skin dengan pendekatan ageLOC yang unik terhadap anti-penuaan," kata Truman Hunt. 

 

Video online pertama, "Game Over," pada mulanya dilancarkan kepada pemimpin jualan tertinggi dalam syarikat pada bulan Jun 2009, dengan sambutan yang sangat positif.            Dengan cepatnya video ini mencatat tontonan nombor satu di saluran YouTube syarikat.

 

Terbitan kedua siri video ini, "Magic," dilancarkan di konvensyen global syarikat pada bulan Oktober 2009. Video kedua ini memberi tumpuan lebih khusus kepada pengedar-pengedar berpendekatan proaktif dan pengedar berpotensi boleh menggunakan ia untuk merancang masa depan mereka sendiri, dan video ini telah mencatat tontonan nombor dua di saluran syarikat YouTube, hanya selepas video peluang yang pertama. Nu Skin memperoleh khidmat kreatif daripada Struck/Axiom untuk membantu mencipta siri-siri video peluang.

Divider