Nu Skin Memenangi Dua Anugerah untuk Usaha Force for Good

Pelanggan baru? Daftar hari ini!

Nu Skin Memenangi Dua Anugerah untuk Usaha Force for Good

communitas

Nu Skin Memenangi Dua Anugerah untuk Usaha Force for Good Kami baru sahaja mengetahui bahawa Nu Skin telah menerima dua Anugerah Communitas - satu untuk kecemerlangan dalam khidmat komuniti dan satu lagi untuk kecemerlangan dalam tanggungjawab sosial. Untuk layak menerima anugerah ini, Nu Skin perlu menunjukkan komitmen luar biasa dalam membantu memperbaiki kehidupan individu lain dan menunjukkan bagaimana usaha kami memanfaatkan kakitangan kami, masyarakat dan alam sekitar.

 

Nu Skin menerima anugerah tertinggi dalam kategori "Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Komuniti" untuk acara-acara Hari Force for Good sedunia. Setiap tahun, pekerja dan pengedar Nu Skin di seluruh dunia mengambil bahagian dalam projek-projek perkhidmatan kemanusiaan yang bermakna dalam komuniti tempatan mereka, sambil pada masa yang sama meraikan budaya dan sejarah Nu Skin yang kaya. 

 

Nu Skin memenangi anugerah dalam kategori "Kecemerlangan dalam Tanggungjawab Sosial", menunjukkan tanggungjawab etika dan persekitaran bagi kedua-dua projek "Seeds of Hope" dan "Build a Village" di Malawi. Projek Seeds of Hope membantu melindungi bekalan sumber semula jadi di Malawi dengan menderma sebahagian daripada jualan Baobab Body Butter untuk membantu membeli dan menanam pelbagai pokok yang amat diperlukan di Malawi. Tahun lepas, pengedar Nu Skin telah menjual Epoch Baobab Body Butter yang secukupnya untuk menderma dan menanam lebih 100,000 batang pokok di kampung-kampung di Malawi.           

 

Projek "Build a Village" membantu penduduk Malawi berdikari dengan pembelajaran kemahiran pertanian yang maju. Yayasan membantu membina sebuah kampung betul di mana 30 hingga 40 keluarga tinggal selama dua tahun sambil dilatih dalam pelbagai disiplin. Suami dan isteri menghadiri kelas bersama-sama manakala anak-anak mereka menghadiri sekolah. Pada 2009, kelas pertama sebanyak 33 keluarga lulus dari School of Agriculture for Family Independence Keluarga (SAFI) di Kampung Mtalimanja dan pulang untuk melaksanakan kemahiran baru mereka dan mengajarnya kepada orang lain.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anugerah baru-baru ini, klik di sini.       

Sertai Nu Skin SERTAI NU SKIN SEBAGAI BRAND AFFILIATE