"100 syarikat yang paling amanah" dalam senarai Forbes.

"100 syarikat yang paling amanah" dalam senarai Forbes.

ForbesTrustworthylogo

Nu Skin telah dinamakan sebagai salah satu daripada "100 buah syarikat yang paling amanah" di Amerika Syarikat oleh Forbes pada hari Isnin. Nu Skin telah dinamakan sebagai salah satu daripada "100 buah syarikat yang paling amanah" di Amerika Syarikat oleh Forbes pada hari Isnin.

 

Selepas meliputi banyak kebankrapan dan skandal korporat baru-baru ini, Forbes ingin mencari dan mengenal pasti "perniagaan paling telus dan boleh dipercayai yang berurus niaga di bursa Amerika." Untuk berbuat demikian, outlet media telah mengupah sebuah syarikat analisis kewangan yang bebas, Audit Integriti untuk mengenal pasti amalan perakaunan dan pengurusan tertinggi di negara ini.

 

Syarikat analisis kewangan telah menyaring 8,000 syarikat yang diniagakan di bursa AS dan mendapati 100 syarikat yang "menunjukkan amalan perakaunan yang telus dan konservatif secara konsisten serta mempunyai tadbir urus dan pengurusan korporat yang kukuh." Prestasi Syarikat ini di Wall Street juga diambil kira dalam penentuan senarai kedudukan.

 

Dalam artikel tersebut, Jack Zwingli, ketua eksekutif Audit Integrity, memuji syarikat seperti Nu Skin yang berjaya memasuki senarai ini.

 

" Ini adalah syarikat-syarikat yang baik," kata Zwingli. "Mereka telah membuktikan ketepatan dan ketelusan yang konsisten dalam laporan kewangan mereka."

 

Zwingli menambah, "Syarikat-syarikat ini telah melepasi proses penyaringan kami dan membuktikan kualiti yang tinggi secara konsisten. Individu-individu yang sihat selalunya begini kerana mereka tidak terlibat dalam tingkah laku yang tidak sihat. Syarikat-syarikat ini adalah sebegitu juga."

 

Untuk membaca artikel ini, klik di sini. Untuk melihat kedudukan Nu Skin, sila layari halaman dua.

Divider