Nu Skin Dinamakan sebagai Syarikat Paling Inovatif

Nu Skin Dinamakan sebagai Syarikat Paling Inovatif

Company Receives an American Business Award

Stevies Award

Nu Skin telah menerima "Stevie" untuk Syarikat Paling Inovatifdaripada Anugerah Perniagaan Amerika 2010 pada hari Isnin, satu-satunya program anugerah nasional dan menyeluruh bagi memberi penghormatan kepada perniagaan yang mencapai prestasi hebat.    Ini adalah kali kedua Nu Skin menerima anugerah Syarikat Paling Inovatif Tahunan. Nu Skin juga dinamakan sebagai finalis dalam Pasukan Pengurusan Terbaik.

 

"Inovasi adalah dorongan kejayaan Nu Skin dan memacukan perniagaan kami dengan menggunakan pelaburan syarikat dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi baru," kata Truman Hunt, presiden dan ketua pegawai eksekutif Nu Skin.                  "Keupayaan untuk meneruskan inovasi kami disokong oleh pasukan pengurusan yang kukuh dan kerjasama pasukan jualan kami dalam pembangunan produk anti-penuaan yang lanjut dan peluang perniagaan yang menarik."

 

Dengan memberi tumpuan terhadap inovasi, Nu Skin bukan sahaja dapat bertahan dalam krisis ekonomi baru-baru ini, tetapi melonjak ke hadapan dengan keputusan yang mengagumkan. Kejayaan Nu Skin pada tahun 2009 ditandai dengan rekod jualan, rekod bilangan pengedar eksekutif dan rekod pelancaran produk baru syarikat -  sistem penjagaan kulit anti-penuaan ageLOC. Regimen penjagaan kulit harian yang komprehensif ini terbukti secara klinikal dapat memperbaiki kemunculan lapan tanda-tanda penuaan dalam masa sekurang-kurangnya tujuh hari.                Semasa konvensyen pengedar global Nu Skin selama dua hari pada bulan Oktober 2009, syarikat telah berjaya menjual $17 juta produk ageLOC - melebihi jualan pelancaran produk dalam mana-mana konvensyen yang sebelum ini sebanyak lebih daripada 200 peratus.

 

Semasa konvensyen pengedar global Nu Skin selama dua hari pada bulan Oktober 2009, syarikat telah berjaya menjual $17 juta produk ageLOC - melebihi jualan pelancaran produk dalam mana-mana konvensyen yang sebelum ini sebanyak lebih daripada 200 peratus.

Gelaran Stevie® bermaksud "ditabalkan" dalam perkataan Yunani, anugerah ini telah disampaikan kepada pemenang-pemenang dalam majlis makan malam gala pada hari Isnin, Jun 21 di Bandar New York.                   Anugerah Stevie diberikan dalam empat program: Anugerah Perniagaan Amerika, Anugerah Perniagaan Antarabangsa, Anugerah Stevie bagi Wanita dalam Perniagaan, dan Anugerah Stevie bagi Jualan & Khidmat Pelanggan. Anugerah diberikan kepada semua jenis syarikat yang pelbagai saiz serta individu-individu yang menyokong organisasi tersebut, Stevies mengiktirafkan prestasi cemerlang di tempat kerja. Mengetahui lebih lanjut mengenai Anugerah Stevie di http://www.stevieawards.com.

 

 

Imej yang boleh dimuat turun

logo anugerah Syarikat Paling Inovatif

logo finalis Pasukan Pengurusan Terbaik

"Anugerah" Stevie

"Anugerah" Stevie

Scott Schwerdt memberi ucapan dalam upacara penyampaian anugerah di New York     

Scott Schwerdt menerima anugerah di New York

Divider