Kebangkitan Boomer

Kebangkitan Boomer

Boomer merupakan Pasaran Utama Anti-penuaan   


Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa secara purata, individu boleh hidup selama satu dekad menjelang tahun 2050. Di Amerika Syarikat, seorang individu akan mencapai umur 50 tahun setiap tujuh saat. Beberapa tahun akan datang, 50% daripada penduduk di Eropah akan mencapai umur 65 dan lebih tua. Di Itali, pesara akan melebihi pekerja aktif menjelang tahun 2030. Menjelang 2050, umur purata di Thailand akan meningkat kepada 50. (Sumber: MIT AgeLab.) Dan di UK, generasi perledakan bayi kini berjumlah 20 juta dan menguasai 80% daripada kekayaan negara (sumber: BBC). Statistik terkini menunjukkan bahawa Jepun mempunyai lebih 36,000 penduduk yang berumur lebih daripada 100 tahun. Bagi negara-negara di rantau Asia Pasifik, populasi individu yang berumur 65 tahun dan lebih tua semakin meningkat pada kelajuan yang hampir dua kali ganda daripada penduduk yang sama di Amerika Syarikat dan Eropah.

 

Definisi "usia tua" semakin ditangguhkan dalam masyarakat hari ini, kerana kebanyakan mereka yang berumur 50-64 tahun adalah sama aktif (atau lebih aktif) seperti kaunterpart mereka yang lebih muda.  Malah, boomer telah mendorongkan pasaran kelab kesihatan dan perkhidmatan kecergasan dan kebanyakannya merasai kecergasan merupakan sebahagian penting dalam pengekalan kesihatan mereka. 79% daripada boomer memandang kehidupan pada masa ini sebagai masa untuk menjadi lebih aktif dan terlibat dalam pelbagai aktiviti.

Divider