Sains Kompendium ageLOC

Sains ageLOC tidak bergantung kepada mana-mana satu penemuan atau kertas kerja saintifik. Pendekatan inovatif ini adalah hasil penyelidikan bertahun-tahun yang tiada tolok bandingan dalam bidang sains kulit dan nutrisi digabungkan dengan beberapa minda hebat dalam dunia saintifik. Saintis penyelidikan dan pembangunan Nu Skin kami telah menggabungkan pembelajaran utama yang diperoleh daripada penyelidik genetik dan pakar anti-penuaan terulung. Pengetahuan dan kefahaman kami tentang pembelajaran ini kemudian digunakan dalam pembangunan produk proprietari, inovatif, selamat dan berkesan.             Kami sedang merevolusikan industri pemakanan dan penjagaan peribadi dengan produk-produk yang menawarkan penyelesaian anti-penuaan komprehensif.

 

Kami percaya bahawa apabila pendekatan saintifik ageLOC menjadi semakin matang dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang akan datang, kesan sepenuhnya akan dapat direalisasikan dalam banyak cara, termasuk kedua-dua aplikasi topikal dan inges. Pendekatan saintifik ageLOC menyediakan teknologi untuk meningkatkan lagi tradisi inovasi Nu Skin. Ia adalah masa yang menguja bagi sains Nu Skin!

 

Paten-paten

Terdapat beberapa paten yang berkaitan dengan sains, bahan dan produk ageLOC. Semasa penyelidikan dan pembangunan ageLOC masih berterusan, kajian yang menggemparkan ini telah menghasilkan 16 paten atau paten sedang menunggu kelulusan.

 


Muat Turun