Regional Management

Regional Management


Vicky-Leevutinun

Pakapun (Vicky) Leevutinun, Ph.D

President, Nu Skin Asia Tenggara dan Pasifik

 

Dr Pakapun (Vicky) Leevutinun mempunyai pengalaman dalam jualan langsung lebih dari 26 tahun.

 

Dr Pakapun (Vicky) Leevutinun berkhidmat sebagai Presiden Asia Tenggara dan menyelia sembilan pasaran (Thailand, Filipina, Singapura, Malaysia, Brunei, Indonesia, Vietnam, Australia dan New Zealand) untuk memacu pertumbuhan perniagaan dan perkembangan geografi Nu Skin – peneraju global produk kecantikan dan kesihatan serta penyedia platform peluang perniagaan.

 

Sepanjang 26 tahun di Nu Skin, Dr Leevutinun telah memainkan peranan yang penting untuk membina pasaran Nu Skin di Asia Tenggara dengan merentasi pelbagai kebudayaan dan bahasa di Asia Tenggara. Pasaran Asia Tenggara di bawah penyeliaannya telah menyumbangkan US$302 juta kepada jumlah hasil syarikat pada tahun 2020, ini telah menjadikan pasaran Asia Tenggara penyumbang hasil yang keempat terbesar kepada syarikat Nu Skin. Dengan rekod prestasi yang terbukti cemerlang, wilayah Pasifik turut dimasukkan ke bawah kepimpinan dan pengurusan Dr Leevutinun baru-baru ini sejak 1 Julai 2021.

 

Dr Leevutinun berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Jualan Langsung Thailand (TDSA) dari Julai 2014 sehingga Jun 2016. Sepanjang tempoh ini dengan TDSA, beliau membantu untuk melancarkan Etika Jualan Langsung, memastikan bahawa anggota TDSA mempertahankan standard yang tinggi untuk memberi kesan positif kepada masyarakat. Dr Leevutinun sekarang merupakan wakil dari Asia Pasifik dalam Majlis Penasihat Persatuan kepada Persatuan Perkhidmatan Jualan Langsung Sedunia (WFDSA), untuk membantu mempromosikan kesedaran industri dan memperjuangkan keperluan industri jualan langsung untuk rantau ini.

 

Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah untuk Nu Skin Southeast Asia Children's Heart Fund (SEACHF), Dr Leevutinun bersemangat untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi penyakit jantung kongenital. Beliau bekerja rapat dengan pengedar-pengedar Nu Skin untuk membantu menyelamatkan hampir 14,000 nyawa kanak-kanak di rantau ini.

 

Dr Leevutinun berasal dari Thailand dan berpindah ke Singapura pada tahun 2015 untuk mengetuai ibu pejabat Asia Tenggara dan Pasifik. Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan.

 

IJAZAH:

  • PhD dalam Pengurusan Teknopreneurship & Inovasi dari Thailand, Universiti Chulalongkorn (2015)
  • MBA dari Sekolah Pengurusan Marriott, Universiti Brigham Young di Amerika Syarikat (1996)
  • Pingat Kehormatan Pertama untuk Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Chulalongkorn, Thailand (1993)

 

ANUGERAH:

  • Penerima anugerah "Asia Responsible Entrepreneurship Awards 2016" daripada Enterprise Asia
  • Penerima anugerah "Quality Persons of the Year 2010" daripada Majlis Yayasan Saintifik dan Teknologi Thailand (FSTT)
  • Penerima Pingat Penghargaan Red Cross daripada H.R.H Princess Maha Chakri Sirindhorn, Presiden Persatuan Red Cross Thai pada tahun 2005