Lembaga Penasihat Saintifik Anti-penuaan

Lembaga Penasihat Saintifik Anti-penuaan


LarsBohlin

Lars Bohlin, Ph.D.
Profesor Farmakognosi, Universiti Uppsala, Sweden

 

Selama lebih 30 tahun, Dr. Bohlin telah menjalankan kajian, penyelidikan dan pengajaran dalam bidang Farmakognosi. Beliau memperoleh M.S. dan Ph.D. dalam bidang Farmasi di Universiti Uppsala Sweden, yang beliau kini berkidmat sebagai professor dalam fakuliti ini. Beliau telah membangunkan marin Farmakognosi di Sweden dan kepakarannya ditumpukan kepada bidang etnofarmakologi dengan penekanan terhadap produk anti-radang semula jadi. Beliau dirujuk secara meluas sebagai pakar oleh kedua-dua organisasi awam dan swasta, dan menggangotai beberapa badan penyelidikan. Berasal dari Stockholm, Sweden, Dr. Bohlin telah memberi sumbangan banyak tahap kepada kedua-dua komuniti sendiri, berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga bagi Jabatan Farmasi di Uppsala, dan antarabangsa. Beliau menganggotai lembaga editorial atau penasihat jurnal saintifik sebagai Penyelidi fitoterapi, fitoperubatan, J. Etnofarmakologi dan Planta Medica.


PaulAlanCox

Paul Alan Cox, Ph.D.
Pengarah Institut bagi Etnoperubatan

 

Salah seorang pakar etnobotani yang termasyur di dunia, Dr. Cox   merupakan pakar dalam penggunaan tumbuhan oleh budaya orang asli.   Semasa waktu kerjaya, beliau telah menerbitkan lebih daripada 150 artikel saintifik dan tiga buah buku. Dr. Cox menerima M.Sc. dalam bidang Ekologi di Universiti Wales sebagai Felow Fullbright. Pada tahun 1978, Dr. Cox memasuki Harvard sebagai Felow Danforth dan Felow Yayasan Sains Kebangsaan, dan pada tahun 1981, beliau menerima Ph.D. dalam bidang biologi. Beliau kemudian menerima anugerah National Science Foundation Presidential Young Investigator dari Presiden Ronald Reagan. Kini, Dr. Cox berkhidmat sebagai Pengerusi Yayasan Seacology, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu memelihara hutan hujan tropika di pulau dan juga amalan budaya.


ZoeDianaDraelos

Zoe Diana Draelos, M.D., F.A.A.D.

Ahli Dermatologi dan ketua pengarang, Jurnal Dermatologi Kosmetik


Dr. Draelos adalah seorang dermatologi terlatih yang diperakui oleh lembaga dan Felow Akademi Dermatologi Amerika dengan minat penyelidikan beliau dalam bidang kosmetik, dandanan diri dan ubat-ubatan kulit yang aktif secara biologi. Beliau adalah seorang profesor perundingan dalam Jabatan Dermatologi di Sekolah Perubatan Universiti Duke dan menjalankan amalan klinikal di High Point, N.C. Beliau dilantik sebagai profesor pelawat di lebih daripada 45 institusi perubatan pada peringkat nasional dan antarabangsa.  Beliau adalah pengarang bagi sembilan buku teks, termasuk Kosmetik dalam Dermatologi. Dr. Draelos telah menyumbangkan bab-bab kepada 23 buah buku teks, menulis 300 buah penerbitan kertas kerja, dan kini berkhidmat untuk lapan lembaga editorial jurnal. Pada tahun 2006, beliau menerima satu anugerah pencapaian seumur hidup dalam industri kosmetik daripada Health Beauty America atas sumbangan penyelidikan beliau dalam formulasi topikal.


KojiNakanishi

Koji Nakanishi, Ph.D. 

Profesor Centennial Kimia, Universiti Columbia.

 

Penyelidikan pertama pada ginkgo biloba 30 tahun dahulu adalah kerja profesor. Koji Nakanishi, Ph.D. telah mengasingkan komponen aktif eskstrak ginkgo. Pada masa kerjaya beliau yang sangat produktif, beliau telah melanjutkan kefahaman terhadap produk semula jadi dengan menentukan struktur kimia bagi hampir 200 sebatian bioaktif dan bagaimana fungsi-fungsi mereka memberi kesan kepada kehidupan manusia, tumbuhan dan haiwan. Beliau telah dianugerahkan oleh hampir sedozen bangsa dan pelbagai organisasi saintifik. Beliau telah menerbitkan 700 kertas kerja saintifik dan mengarang sembilan buah buku, termasuk satu autobiografi, Pengembaraan Saintis Produk Asli (1991).  Beliau juga menerima Anugerah Antarabangsa King Faisal berprestij dalam bidang sains.


LesterPacker

Lester Packer, Ph.D.

Adjunk Profesor, Jabatan Farmakologi dan Sains Farmasi, Pusat Pengajian Farmasi, Universiti California Selatan. Profesor Ulung, Akademi Sains Cina, Institut Sains Pemakanan, Shanghai, China.

 

Dianggap sebagai saintis penyelidikan antioksidan yang terkemuka di dunia, Dr. Packer menerima Ph.D. dalam   Mikrobiologi dan Biokimia dari Universiti Yale dan berkhidmat sebagai Profesor dan Penyelidik Kanan di Universiti California di Berkeley selama 40 tahun. Baru-baru ini, Dr. Packer menubuhkan sebuah makmal penyelidikan di Jabatan Farmakologi Molekul Universiti California Selatan untuk melanjutkan pelajaran yang berkaitan dengan aspek molekul, sel dan fisiologi metabolisme radikal dan antioksidan bebas dalam sistem biologi. Dr. Packer adalah penerima pelbagai anugerah pencapaian saintifik dan berkhidmat dalam lembaga penasihat editorial bagi jurnal saintifik yang berkaitan dengan biokimia, metabolisme, antikoksidan dan nutrisi. Dr. Packer telah menerbitkan lebih daripada 700 kerja kerja saintifik dan 70 buah buku mengenai setiap aspek antioksidan dan kesihatan, termasuk “The Antioxidant Miracle".


TomasAProlla

Tomas A. Prolla, Ph.D

Pengasas bersama, LifeGen Technologies, Profesor, Jabatan Genetik dan Perubatan Genetik, Universiti Wisconsin

 

Tomas A. Prolla, Ph.D., belajar di Jabatan Molekul Bio-fizik dan Biokimia di Universiti Yale, menerima ijazah doktor falsafah pada tahun 1994. Beliau menamatkan latihan pasca kedoktoran di Jabatan Manusia dan Molekul Genetik di Kolej Perubatab Baylor, kemudian menyertai fakulti Jabatan Genetik dan Perubatan Genetik di Universiti of Winconsin pada tahun 1997. Dr. Prolla telah menerima beberapa anugerah kecemerlangan saintifik, termasuk Shorb Lecturer Award, Burroughs Wellcome Young Investigator Award, Shaw Scientist Award, Howard Hughes Medical Institute New Investigator Award, dan Pound Research Award.   Tugas Dr. Prolla kini tertumpu kepada penggunaan profil ekspresi gen, kajian jangka hayat, dan histopatalogi. Pada tahun 2001, beliau bersama Dr. Richard Weindruch mengasaskan LifeGen Technologies, LLC, syarikat yang menumpukan kepada pemakan genomik, termasuk kesan nutrien dan sekatan kalori pada proses penuaan. Dr. Prolla telah menerbitkan beberapa artikel dalam jurnal saintifik berprestij seperti Sains.


HildebertWagner

Hildebert Wagner, Ph.D.
Profesor Emeritus, Institut Farmasi di Ludwig-Maximilians Universiti Pusat Penyelidikan Farmaseutikal, Munich, Jerman.

 

 

 

 

Pengarang bagi Ejen Immunomodulateri dari Tumbuhan (Birkhauser Verlag, Basel, 1999), Dr. Hildebert Wagner telah mengkaji Farmasi sejak tahun 1950. Beliau adalah pengarang bagi 7 buah buku yang lain termasuk: Plant Drug Analysis (Springer Verlag Heidelber, 1996), and Drugs and Drug Constituents (Wissenschaftliche Verlagsgesellschaft Stuttgart, 1998), serta mengarang lebih daripada 900 penerbitan saintifik yang lain. Dr. Wagner pernah dilantik sebagai Profesor Penuh Farmakognosi pada tahun 1965, dan kemudiannya berkhidmat sebagai Pengarah Institut Biologi Farmasi di Munich sehingga tahun 1999. Beliau telah dibezakan oleh institusi saintifik antarabangsa termasuk Universiti Ohio, Budapest dan Debrecen, Dijon, dan Helsinki atas kerja-kerja dalam bidang Farmasi. Dr. Wagner menganggotai lembaga penasihat/editorial untuk Fitokimia, Jurnal Etnofarmakologi, Jurnal Produk Asli, serta berkhidmat sebagai Pengarang untuk Jurnal Phytomedicine Antarabangsa.


MollyWanner
Molly Wanner, M.D., M.B.A
Dermatologist, Massachusetts General Hospital and Harvard Medical School

Divider